Translate

29 December 2024

Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan

 










BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki ditahan polis selepas menumbuk dan memukul kepala pekerja sebuah kedai makan menggunakan penutup tong sampah dalam insiden di Machang Bubok di sini, yang tular di media sosial.

Lelaki itu ditahan selepas polis mengesan video berdurasi satu minit dan 36 saat yang dimuat naik di Facebook (FB), memaparkan individu dipukul di kedai makan berkenaan, kelmarin kira-kira jam 2.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, suspek didapati menumbuk muka dan memukul kepala mangsa menggunakan penutup tong sampah.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan tangkapan terhadap suspek dilakukan, dia kini direman hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejadian berpunca daripada perselisihan faham peribadi dan tiada kaitan dengan isu perkauman seperti yang didakwa.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam dan harta benda,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 4 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Court dismisses govt’s bid to seize RM192 million ' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jenazah seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumika' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem p' 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'When RHB Bank founder Rashid Hussain tied the knot' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 1 hr 57 mins ago