Translate

31 December 2024

174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti



174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti

Bernama

31/12/2024


Lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana ketidakpadanan DNA. -Gambar fail/AP


SEOUL: Sebanyak 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan pada Selasa, lapor Xinhua.

Sebanyak 174 daripada 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti.

Lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana ketidakpadanan DNA.

Pesawat terhempas akibat kegagalan gear pendaratan, menyebabkan ia mendarat tanpa roda dan terbakar.

Dalam taklimat kepada keluarga mangsa, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan bahawa daripada 32 mangsa yang gagal dikenal pasti melalui cap jari, 17 mangsa dikenal pasti menerusi ujian DNA pertama manakala 10 lagi dikenal pasti dalam ujian DNA kedua.

Bagaimanapun, lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti berikutan ketidakpadanan DNA.

Mayat empat mangsa yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga masing-masing dan upacara pengebumian telah dimulakan, menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan bahawa proses penyerahan kesemua mayat kepada keluarga mangsa mungkin mengambil masa sehingga 10 hari memandangkan keadaan mayat yang kebanyakannya terjejas teruk.

Pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km di barat daya Seoul.

Insiden dipercayai berpunca daripada kegagalan gear pendaratan, menyebabkan pesawat mendarat tanpa roda, merempuh dinding luar landasan lalu terbakar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Van Kilang | BE' 3 mins ago
A visitor from Beluru viewed 'BlackRock Bursa Malaysia shares worth RM24 .7 bill' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi Dedah Pas Lebih Dipercayai Dalam Menangani ' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coa' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi satu pe' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert Simfoni Budaya II bakal temui peminat 5 Ju' 25 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'An Iranian was sentenced to death after the Alor S' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ibu bapa disaran main peranan untuk jayakan PLKN 3' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penduduk sekitar Sungai Batu Pahat diminta waspada' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 50 mins ago