Translate

30 December 2024

Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang



Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang

Bernama

30/12/2024


Mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung pada pukul 4.36 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Facebook Bomba Padang Matsirat


ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan dua lelaki warga Singapura yang dipercayai tersesat ketika menjalankan aktiviti mendaki Gunung Machinchang di Langkawi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat Pegawai Bomba Tinggi II Mohammad Zaidi Md Lazim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.28 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, bomba dimaklumkan terdapat dua mangsa lelaki berusia 23 dan 25 tahun tersesat... mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.

"Anggota bomba yang memulakan pencarian pada pukul 12.02 tengah malam berjaya menemukan kedua-dua mangsa pada pukul 2.48 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung pada pukul 4.36 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi yang disertai 12 pegawai dan anggota dari BBP Padang Matsirat dan BBP Langkawi itu tamat sepenuhnya pada pukul 4.51 pagi," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED