Translate

30 December 2024

JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat warga Wilayah Persekutuan



JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat warga Wilayah Persekutuan

Bernama

30/12/2024


Orang ramai boleh menghubungi JAWI untuk mendapatkan bantuan dan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan pengurusan jenazah melalui talian 03-2274 9333, e-mel ke aduan@jawi.gov.my atau saluran media sosial JAWI. - Facebook Mohd Na'im


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris serta saudara baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam hantaran Facebook hari ini berkata keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Antara sumbangan JAWI ialah menguruskan tuntutan fardhu kifayah tanpa mengira latar belakang dan umur bagi jenazah yang berwaris atau tidak berwaris, tidak dituntut, mualaf dan lain-lain.

"Khidmat JAWI kepada warga Wilayah Persekutuan ini patut diketengahkan sebagai satu agensi kerajaan yang sentiasa berkhidmat untuk ummah dan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan," katanya.

Mohd Na'im berkata JAWI ialah sebuah jabatan yang sentiasa menjadi peneraju dalam pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan termasuk dalam pengurusan jenazah, sejak awal penubuhannya.

Orang ramai boleh menghubungi pihak JAWI untuk mendapatkan bantuan dan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan pengurusan jenazah melalui talian 03-2274 9333, e-mel ke aduan@jawi.gov.my atau saluran media sosial JAWI.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 4 hrs 6 mins ago