Translate

30 December 2024

Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas di Bangsar



Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas di Bangsar

Bernama

30/12/2024


Rusdi (foto) berkata cadangan terhadap sebarang perubahan dalam pertuduhan yang dihadapi suspek, M.Thanabalan,38, akan dibuat bergantung kepada hasil semakan nanti. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyemak semula kes ragut melibatkan wanita warga emas, Lim Foong Mei di Bangsar pada 7 Okt selepas mangsa dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyemak semula kes ragut melibatkan Lim Foong Mei selepas mangsa meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa perubahan dalam pertuduhan terhadap suspek, M. Thanabalan, akan dipertimbangkan berdasarkan hasil semakan.

Suspek telah ditangkap dan dituduh di mahkamah, dan siasatan lanjut akan dibuat untuk menentukan punca kematian mangsa sama ada berkaitan dengan kecederaan semasa kejadian ragut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata cadangan terhadap sebarang perubahan dalam pertuduhan yang dihadapi suspek, M.Thanabalan,38, akan dibuat bergantung kepada hasil semakan nanti.

"Suspek telah ditangkap dan dituduh di mahkamah, mangsa (warga emas) telah dibenarkan keluar dari hospital dan siasatan lanjut akan dibuat berhubung punca kematiannya sama ada ia berkaitan dengan kecederaan semasa kejadian ragut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi pada 7 Okt lepas, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Lim sedang berjalan ke kedai di kawasan kejiranan di Jalan Limau Manis sebelum seorang penunggang motosikal meragut beg tangannya.

Kejadian menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak bergerak di atas jalan sebelum didatangi orang awam yang kemudian membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan akibat pendarahan di kepala.

Pada 24 Okt lepas suspek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan rompakan harta beg tangan dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita warga emas dengan cara meragut.

Dia dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED