Translate

31 December 2024

Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan



Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan

Bernama

31/12/2024


Polis telah menahan Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas aktivis dan pereka grafik itu hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang, Kota Kinabalu, pada Isnin.


KOTA KINABALU: Polis telah menahan Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas aktivis dan pereka grafik itu hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang, di sini, petang Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi malam tadi mengesahkan penahanan Fahmi dan siasatan sedang dijalankan terhadap kes itu.

"Ya, masih dalam siasatan (kes ini)," katanya ringkas.

Petang Isnin, Jauteh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkata, lebih 30 laporan polis diterima di negeri itu terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan bahawa Fahmi antara lain menampal karikatur melibatkan imej Tun Musa Aman yang bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, di beberapa kawasan antaranya di Kota Kinabalu dan perkara lain melibatkan hasutan yang sedang disiasat.

Beberapa hari lepas tular video berdurasi 40 saat menunjukkan Fahmi yang berada di satu kawasan di Kota Kinabalu menampal karikatur itu dan dalam video tersebut tertulis perkataan "Solidariti dengan rakyat Sabah yang melawan rasuah, melawan korapsi."

Semakan di laman Facebook aktivis tersebut mendapati video tersebut dikongsinya pada 27 Dis lepas dan dia turut berkongsi pelbagai perkara mengenai karikaturnya itu. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Van Kilang | BE' 3 mins ago
A visitor from Beluru viewed 'BlackRock Bursa Malaysia shares worth RM24 .7 bill' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi Dedah Pas Lebih Dipercayai Dalam Menangani ' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coa' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi satu pe' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert Simfoni Budaya II bakal temui peminat 5 Ju' 25 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'An Iranian was sentenced to death after the Alor S' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ibu bapa disaran main peranan untuk jayakan PLKN 3' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penduduk sekitar Sungai Batu Pahat diminta waspada' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 50 mins ago