Translate

28 March 2024

Tahukah anda, Apa itu SmartLane atau Laluan Pintar?





 Tahukah anda, apa itu Smartlane? Kalau yang masih belum tau, jom PUTRI Chatbot terangkan:


Smartlane adalah pengaktifan Lorong paling kiri di lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya. Inisiatif tersebut juga bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.


Haa, kalau anda nak tau, Smartlane hanya akan diaktifkan ketika waktu-waktu puncak di lokasi-lokasi tertentu, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu dan sewaktu berlakunya kejadian hal-hal luar jangka.


Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan SmartLane tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum ia dilaksanakan. 


Pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan ‘Smartlane’ ini melalui papan tanda laluan ‘Smartlane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit. 


Komunikasi dan hebahan kepada pengguna lebuh raya juga akan dikongsi melalui Aplikasi PLUS, twitter @plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lebuh raya serta menerusi Chatbot PUTRI. 


Pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 3 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 13 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia, Turkiye setuju kukuhkan kerjasama bidang' 16 mins ago
A visitor from Selangor viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 18 mins ago