Tahukah anda, apa itu Smartlane? Kalau yang masih belum tau, jom PUTRI Chatbot terangkan:
Smartlane adalah pengaktifan Lorong paling kiri di lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya. Inisiatif tersebut juga bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.
Haa, kalau anda nak tau, Smartlane hanya akan diaktifkan ketika waktu-waktu puncak di lokasi-lokasi tertentu, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu dan sewaktu berlakunya kejadian hal-hal luar jangka.
Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan SmartLane tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum ia dilaksanakan.
Pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan ‘Smartlane’ ini melalui papan tanda laluan ‘Smartlane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit.
Komunikasi dan hebahan kepada pengguna lebuh raya juga akan dikongsi melalui Aplikasi PLUS, twitter @plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lebuh raya serta menerusi Chatbot PUTRI.
Pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik