Translate

25 March 2024

ANGGOTA POLIS MAUT DIPUKUL | 5 Ditahan, Beberapa Individu Lagi Sedang Dikesan




 


Anggota polis maut dipercayai dipukul

Bernama

Mac 23, 2024 20:55 MYT

Anggota polis maut dipercayai dipukul

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur. - Gambar fail

SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan individu yang ditemukan maut dipercayai akibat dipukul di Taman Impian Indah, Kajang hari ini merupakan seorang anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.

"Polis sedang menjejak sekumpulan lelaki yang berada di lokasi semasa kejadian dan disyaki menyebabkan kematian mangsa.



"Kes masih dalam siasatan dan kita juga belum mengenai pasti mana-mana suspek," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Jelajah Bubur Lambuk 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul orang awam kerana bertindak kasar terhadap isterinya ketika bertengkar.

Mengenai Hari Bertemu Pelanggan Polis Kontinjen Selangor, Hussein berkata secara keseluruhan seramai 217 orang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mengutarakan pelbagai isu yang memerlukan perhatian pihak polis.

Beliau berkata antara isu dibangkitkan ialah aktiviti lumba haram, kebanjiran pendatang asing tanpa izin selain memohon rondaan di kawasan perumahan ditingkatkan serta maklumat berkaitan sarang penagih dadah di kawasan berkenaan.

Beliau berkata IPD Sungai Buloh dan Klang Selatan merupakan antara balai yang mencatatkan rekod kehadiran pengunjung teramai.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED