Translate

23 March 2024

Syarikat dakwa pemilik bagasi berisi RM500,000 belum beri keterangan - Polis

 Syarikat dakwa pemilik bagasi berisi RM500,000 belum beri keterangan - Polis

Bernama

Mac 23, 2024 Syarikat dakwa pemilik bagasi berisi RM500,000 belum beri keterangan - Polis

Menurut Hussein, sekiranya tiada individu atau pihak yang menuntut wang tersebut pihaknya akan menyerahkannya kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama

Syarikat dakwa pemilik bagasi berisi RM500,000 belum beri keterangan - Polis

Menurut Hussein, sekiranya tiada individu atau pihak yang menuntut wang tersebut pihaknya akan menyerahkannya kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Polis masih belum mengambil keterangan sebuah syarikat teknologi maklumat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya di sini, milik mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar berkata pihaknya menerima laporan daripada pengarah syarikat terbabit yang mendakwa wang tersebut adalah milik syarikatnya dan merupakan duit perniagaan.

"Kita menerima laporan daripada pengarah syarikat berusia lingkungan 40 tahun itu pada 11.30 pagi Khamis lepas.



"Ketua Balai Polis Damansara sudah memanggil pengadu terbabit untuk memberi keterangan, namun pengadu gagal hadir dengan pelbagai alasan seperti menghadiri mesyuarat dan sakit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 30-an menemukan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 pada 8 pagi Rabu lepas.

Hussein dilaporkan berkata pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.

Beliau berkata sekiranya tiada individu atau pihak yang menuntut wang tersebut pihaknya akan menyerahkannya kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 7 hrs 7 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 7 hrs 7 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 8 hrs 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 10 hrs 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 11 hrs 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 11 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 11 hrs 32 mins ago