Translate

23 February 2024

Polis Melaka bekerjasama dengan MAIM pantau kegiatan Mawla Amin



Polis Melaka bekerjasama dengan MAIM pantau kegiatan Mawla Amin

Bernama

Februari 23, 2024
Zainol (dua, kiri) berkata walaupun polis setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung kegiatan individu tersebut, namun pemantauan rapi tetap dilakukan.

Polis Melaka bekerjasama dengan MAIM pantau kegiatan Mawla Amin

Zainol (dua, kiri) berkata walaupun polis setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung kegiatan individu tersebut, namun pemantauan rapi tetap dilakukan. -Foto Sinar Harian

MELAKA: Polis Melaka akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam memantau kegiatan seorang lelaki dipercayai warga Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata walaupun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kegiatan individu yang mengaku berada dalam jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW itu, namun pemantauan rapi tetap dilakukan.

"Kita akan jalankan siasatan yang rapi terhadap kumpulan ini dan apa-apa tindakan selepas ini bergantung kepada maklumat yang kita peroleh," katanya kepada pemberita selepas sidang media berkaitan rampasan dan tangkapan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.







Mengulas mengenai individu yang didakwa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjual tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk pembinaan perkampungan 'Kerajaan 9' bagi aktiviti kumpulan itu, Zainol berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Media sebelum ini melaporkan seorang mudir sebuah madrasah di Selangor dikatakan aktif mempromosikan kumpulan itu termasuk didakwa mengutip dana awam secara tidak sah sebagai persiapan akhir zaman termasuk membeli sebidang tanah seluas 11 hektar di Melaka untuk membina perkampungan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Barcelona Thump Dortmund as Aston Villa falls to P' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia, Turkiye setuju kukuhkan kerjasama bidang' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bapa Erda Ezrin harap dapat sambut Hari Raya Aidil' 9 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 10 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 1 min ago