Translate

28 February 2024

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini



Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini

Bernama

Februari 28, 2024
Badrul Hisham telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1997. - Foto Facebook JPN

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini

Badrul Hisham telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1997. - Foto Facebook JPN

KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Badrul Hisham Alias dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

JPN dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.

Badrul Hisham, 52, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1997.







Beliau juga pernah berkhidmat di JPN sebagai Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan serta Pengarah Bahagian Kad Pengenalan bermula 2015 hingga 2022, sebelum ke KDN sebagai Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan pada 18 Julai 2022.

Selain itu, JPN turut memaklumkan pelantikan Sarinah Apisah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JPN pada 26 Feb menggantikan Saiful Yazan Alwi yang ditugaskan ke Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), KDN.

"JPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zamri dan Saiful Yazan atas segala sumbangan dan khidmat bakti kedua-duanya kepada JPN," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Amsterdam viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Status NFA bukan bermaksud siasatan kes simbah asi' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang zahir rasa terkejut 26,000 ekar tana' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses sec' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan benar pertukaran majikan r' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Cairo viewed 'Tourism Malaysia dan Emirates tandatangan MoU, tar' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 1 hr 34 mins ago