Anwar ziarah Rafizi di hospital
Astro Awani
Februari 19, 2024
Anwar bertanya khabar Rafizi ketika melawat Menteri Ekonomi itu di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.
SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan melawat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), di sini.
Menerusi perkongsiannya di laman X, Anwar berkata, keadaan Rafizi bertambah baik, tanpa mendedahkan puncanya dirawat di hospital.
"Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah," tambahnya mendoakan kesihatan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR.
Difahamkan, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.