Translate

19 February 2024

Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok



Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok

Bernama

Februari 19, 2024
Abdul Razak berkata penonton juga berpeluang untuk menikmati segmen Malam Aneka Warna bagi menghayati dan mendalami setiap kisah pengorbanan pemimpin terdahulu mencapai kemerdekaan. - Gambar FB Abdul Razak

Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok

Abdul Razak berkata penonton juga berpeluang untuk menikmati segmen Malam Aneka Warna bagi menghayati dan mendalami setiap kisah pengorbanan pemimpin terdahulu mencapai kemerdekaan. - Gambar FB Abdul Razak

MELAKA: Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan memperingati Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, di Dataran Memorial Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam esok, adalah antara segmen paling istimewa dalam sambutan berkenaan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata Perdana Menteri juga akan menaiki kereta antik Nash Rambler Custom jenis 'convertible' buatan 1951 yang turut dinaiki Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika rombongan merdeka pulang dari London ke Padang Bandar Hilir pada 20 Feb 1956.

Beliau berkata perarakan oleh kereta antik itu bersama rombongannya akan bergerak dari Kompleks Stadhuys ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, dengan rombongan itu melibat pelbagai kenderaan termasuk motosikal dan basikal.







"Perdana Menteri dijangka melaungkan kalimat keramat 'merdeka' sejurus selepas beliau membacakan Deklarasi Kemerdekaan itu," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata penonton juga berpeluang untuk menikmati segmen Malam Aneka Warna bagi menghayati dan mendalami setiap kisah pengorbanan pemimpin terdahulu mencapai kemerdekaan.

Katanya Malam Aneka Warna berkonsepkan teater muzikal itu akan menampilkan beberapa babak-babak menarik dari bermulanya Jepun menjajah Tanah Melayu sehinggalah detik Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Pahlawan.

Kira-kira 1,500 peserta terlibat dalam perarakan dan Malam Anek Warna itu membabitkan anggota pasukan badan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar serta parti politik.

Melaka turut mengumumkan 20 Feb sebagai cuti umum negeri bermula pada tahun ini.

Pengisytiharan rasmi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED