Zahid Hamidi dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Institut Teknologi Shibaura
Zahid Hamidi dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Institut Teknologi Shibaura
Bernama
Februari 19, 2024 
Ahmad Zahid menerima watikah pelantikan sebagai OISCA Antarabangsa bagi Cawangan Malaysia daripada Presiden OISCA Antarabangsa Nakano Etsuko (lima, kiri) di Tokyo. - Bernama
Zahid Hamidi dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Institut Teknologi Shibaura
Ahmad Zahid menerima watikah pelantikan sebagai OISCA Antarabangsa bagi Cawangan Malaysia daripada Presiden OISCA Antarabangsa Nakano Etsuko (lima, kiri) di Tokyo. - Bernama
TOKYO: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejuruteraan daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun.
Penganugerahan itu juga berikutan usaha berterusan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus menjadi platform meningkatkan kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri kedua-dua pihak.
Ijazah Kedoktoran Kehormat berkenaan disampaikan oleh Presiden SIT Prof Jun Yamada kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara di pusat pengajian berkenaan di sini.
Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun bermula Jumaat lepas, berkata pengiktirafan itu akan memberikannya dan seluruh pasukan di bawah Majlis TVET Negara untuk berusaha lebih kuat dalam menjadikan program serta ekosistem TVET Malaysia lebih berkualiti dan berdaya saing.
"Saya juga percaya pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini penting sebagai asas jaminan bahawa TVET bukan lagi pilihan kelas kedua, malah menjadikannya pilihan kerjaya utama dan menjaminkan gaji premium serta lumayan sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat dalam memartabatkan TVET di Malaysia," katanya.
Terdahulu pagi tadi, Ahmad Zahid menerima watikah pelantikan sebagai Presiden Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) Antarabangsa bagi Cawangan Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa memfokuskan promosi jalinan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang.
Pelantikan Ahmad Zahid itu disempurnakan Presiden OISCA Antarabangsa Nakano Etsuko di National Diet Building di sini.
OISCA Antarabangsa mengiktiraf program perantisan industri di Jepun dengan menganugerahkan pelajar Malaysia Diploma Dalam Latihan Industri selepas mereka menamatkan program pembelajaran.
Hal ini akan memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menimba pengalaman berharga, serta meningkatkan kebolehpasaran dan nilai pasaran mereka.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pihak OISCA dalam mesyuarat tadi bersetuju untuk menyediakan tempat bagi Program "Industrial Internship Training" dan juga menjadi platform kepada laluan kerjaya bagi graduan yang berminat untuk bekerja di lebih 5,000 rakan industri OISCA di Jepun.
"Malah, pihak bandar raya Yokohama turut sama menyediakan Program "Yokohama Internship and Job Placement" bagi membuka peluang kepada graduan TVET di Malaysia untuk membina kerjaya bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat global.
"Usaha-usaha ini akan dirangkum bagi menjadi sebahagian daripada usaha membangunkan Dasar TVET Negara yang dijadualkan untuk pelancarannya pada Jun 2024," katanya.
Malaysia ketika ini mempunyai 1,345 institusi TVET, dengan kadar kebolehpasaran 92.5 peratus untuk graduan TVET. Rangka kerja itu akan menjadi garis panduan untuk program TVET di seluruh negara dan kemudian disesuaikan untuk memenuhi keperluan industri.
Beliau berkata dasar itu juga kelak akan digubal bagi meningkatkan kebolehpasaran serta daya saing tenaga kerja di samping meletakkan asas untuk pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara yang mampan.
Ahmad Zahid berkata susulan daripada pertemuan hari ini, beliau telah mengarahkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi menjenamakan dan memperkasakan semula Malaysia-Japan Institute (MJI) di bawah UniKL dan seterusnya menjadi peneraju utama dalam pemerkasaan TVET negara khususnya bersama pihak berkepentingan di Jepun.
"Jalinan kerjasama TVET Malaysia-Jepun turut akan diperkukuh dengan penglibatan Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dalam menghasilkan penawaran modal insan terbaik di dalam bidang ini," katanya.
Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan serta wakil institusi pengajian tinggi.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Feb 2024
(352)
- 2024 FA Cup Highlights: Chelsea 3 - 2 Leeds United...
- Bitcoin surges, briefly touching $64,000 (RM300k) ...
- Woman dies after being pushed by her boyfriend fro...
- The ringgit is expected to strengthen to RM4.50 at...
- Surina Shukri, 48 former MDEC CEO passed away this...
- Tourism Malaysia welcomes airlines, tourism agenci...
- Berjaya Corp's net loss quadrupled due to the Star...
- All Elews Mart supermarket branches owned by Ebit ...
- Indonesia awards presumed next president Prabowo r...
- Dewan Rakyat: Kecoh lagi MP Tasek Gelugor dakwa PM...
- Tourism Ministry urged to explain listing of bak k...
- Motorcyclist dies in head-on crash in Batu Pahat
- Illegal immigrants urged to return home through Mi...
- Mother pleads guilty to charge of feeding baby mil...
- Jabatan Imigresen tumpaskan sindiket 'Ali Rohingya’
- PM Anwar received a visit from Grab's co-founder, ...
- Court of Appeal orders Muhyiddin’s case of using p...
- Najib’s blessing needed before any moves in 1MDB o...
- Standard Chartered Saadiq Malaysia appoints Bilal ...
- ‘Bak kut teh’ declared as national heritage food t...
- Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat ku...
- Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setaka...
- Kanak-kanak autistik ditemukan lemas di kolam tadahan
- Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan, dakwa Anwa...
- Cambodian Prime Minister Hun Manet met Anwar in Pu...
- Pendang minta maaf & tarik balik selepas Speaker k...
- Ringgit jatuh YB Larut Minta PM pecat Menteri Kewa...
- Five food delivery men were charged for killing a man
- Miley Cyrus's hit "Flowers" was named the world's ...
- Norway's King Harald V hospitalised in Malaysia
- Manoharan replaces Ammar as Director General of To...
- Enjoy Italian Cuisine, "Pranzo Italiano" Semi Buff...
- Lelaki warga Pakistan tukar pengakuan tidak bersal...
- Kalau padang SNBJ tak okey, kita main padang lain ...
- Tourism Malaysia expects increase in tourist arriv...
- Agama Lain Tidak Boleh Disebarkan Kepada Orang Isl...
- The YDP Agong will not entertain any request from ...
- Faisal Halim wins the best goal award of the Qatar...
- 20 pemilik premis dikompaun gaji pekerja asing tan...
- Pembukaan Parlimen - Titah penuh Sultan Ibrahim se...
- The organizer of a controversial concert in Kedah ...
- PEDi dikenali sebagai Nadi mulai 1 Mac - Fahmi
- LIVE Persidangan Dewan Rakyat | 27 Februari - 27 M...
- Liverpool Beats Chelsea 1-0 To Win 10th Carabao Le...
- KLIFAA 2024 gets 3,135 entries, Malaysia one of th...
- PM, unity govt MPs attend briefing ahead of Dewan ...
- Filipina tuduh China cuba sekat kapalnya di Beting...
- Remand extended for five over murder of man found ...
- 48 wanita disyaki pelacur warga asing kena cekup
- JSPT siasat tindakan juruiring tahan kenderaan ber...
- 2 Polis Cedera MPV Terbabas Dilempar Objek Besi
- Plat Kenderaan Ahli Parlimen Tidak Ikut Spesifikas...
- Wanita Dibunuh Kerana Enggan Pinjamkan Wang
- Shah Rukh Khan's "Dunki" Now On Netflix with Catch...
- EPL Matchday 26 Highlights: Manchester United Stun...
- KSN- MOTAC Minister has authority to appoint, term...
- Stadium Bukit Jalil Field- PSM engages experts to ...
- Rice price: PM directs NACCOL to finalize the outc...
- 'Tourism KP was not fired, but demoted because of...
- TM recorded a net profit of RM1.87 billion in 2023...
- LIVE Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parl...
- Jangan terlalu taksub nasab Rasulullah tanpa disel...
- "I am disappointed, what did I do wrong?,"asked To...
- PN demands an explanation from Tourism Minister on...
- The atmosphere at Pardon Board reform forum gets a...
- Businessman sues Chegubard, Taman Medan Assemblyma...
- Polis Melaka bekerjasama dengan MAIM pantau kegiat...
- Kes rasuah RM1.77 juta: Bekas setiausaha sulit kan...
- Govt not ignoring ringgit's decline, stop comparin...
- Medical officers now eligible for locum allowance ...
- Incentives for companies to move base to TRX as PM...
- Ed Sheeran's "Look Alike" - Message For His Fans I...
- MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-265 | 21 FEBRUARI 2024
- The ringgit opened lower against the US dollar
- Stop spreading sharing video of the victim beaten ...
- Doctor claims trial to producing porn, sexual misc...
- Isu 'Mawla Amin': Masyarakat diseru jangan taksub ...
- Axiata catat kerugian bersih RM1.99 bilion
- Doktor didakwa hasilkan pornografi, amang seksual ...
- PDRM umum pertukaran 45 pegawai kanan
- Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang cadangan pindaa...
- Muhyiddin's son-in-law to be charged with CBT - MACC
- Taylor Swift named IFPI 2023 global recording arti...
- HRD Corp collects record-breaking RM2.2 Billion le...
- Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud selamat dikebumikan
- Home Ministry to present proposed citizenship law ...
- LIVE- Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Dalam Kenangan
- The three NGO leaders listed in the FBI's TSC have...
- Man Beats his mother injuring her head, breaking t...
- Padah buat aksi drift hingga langgar 4x4, pemandu ...
- Singapore lures Taylor Swift with grant for sold-o...
- The body of former Sarawak Governor Tun Abdul Taib...
- Tengku Permaisuri Selangor attends Hijab Fashion A...
- Two friends jailed for life for dealing methamphet...
- KPN RASMI MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI JSJ DI MA...
- Selangor Sultan chairs 265th meeting of Conference...
- Engineer fined RM1,500 for obstructing the duties ...
- Kerosakan sayap pesawat, Boeing 747 buat pendarata...
- BUKA PUASA WITH SANTAPAN NUSANTARA BUFFET 2024 @ P...
- Taib Mahmud, former Sarawak TYT, dies at the age o...
- Pemegang kad UNHCR dipercayai dalang bekal pekerja...
- TikTok violates Indonesian in-app transactions ban...
- Azman Adnan is new Education DG - MOE
- Federal Court upholds constitutionality of vernacu...
- Customs Department seize 17,000 airsoft pistols or...
- 'Aman 1' kepada 'Cheras 1' - IGP buat panggilan me...
- King breaks his own record to win bid for 'GOLD 1'...
- Cuba Wujudkan ‘Kerajaan 9’, PDRM Pantau Lelaki Men...
- Majlis Raja-Raja ke-265: Agong berangkat ke Istana...
- DSP, Sarjan Ditahan Positif Dadah
- Tun Mahathir is undergoing his recovery process at...
- Melaka food peddler claims trial to 10 charges of ...
- Construction worker first khalwat convict sentence...
- Two commercial enterprises pay damages for illegal...
- Wanita hamil maut motosikal dinaiki berlanggar den...
- Tuntutan palsu: SPRM tahan pengarah urusan, pengar...
- Penghantar Makanan Bakar Kereta Polis Bantuan Meng...
- Suspek kes samun wanita di Kota Kinabalu dalam vid...
- Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka'...
- Agong berkenan terima menghadap ahli-ahli Pesuruhj...
- Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
- Anwar ucap tahniah pelantikan Mutang Tagal sebagai...
- Buka Puasa With WARNARASA BUFFET RAMADAN 2024 @ Ro...
- Zahid Hamidi dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat...
- PM Anwar ziarah Rafizi di hospital
- KDN get an accurate picture of the 3 Muslim NGO le...
- Most Subscribed Music Artists on YouTube 2024 - To...
- Bundesliga Highlights : Matchday 22 - 17 & 18 Febr...