Translate

20 February 2024

Pemegang kad UNHCR dipercayai dalang bekal pekerja asing tidak sah ditahan



Pemegang kad UNHCR dipercayai dalang bekal pekerja asing tidak sah ditahan

Bernama

Februari 20, 2024
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Rizzuan Mohd Zain menunjukkan pasport warga asing yang dirampas selepas sidang media mengenai penangkapan 33 warga asing di dua lokasi di Sungai Petani, semalam. - Foto BERNAMA

Pemegang kad UNHCR dipercayai dalang bekal pekerja asing tidak sah ditahan

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Rizzuan Mohd Zain menunjukkan pasport warga asing yang dirampas selepas sidang media mengenai penangkapan 33 warga asing di dua lokasi di Sungai Petani, semalam. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan bersama 32 warga negara itu di dua lokasi di Sungai Petani, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata turut ditahan adalah isteri kepada lelaki terbabit yang berusia 55 tahun serta anak perempuan mereka berusia 14 bulan dalam operasi pada pukul 10.25 malam semalam.

Beliau berkata lelaki pemegang kad UNHCR berusia 53 tahun itu dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan membekal pekerja asing tidak sah di sekitar kawasan utara tanah air yang disyaki aktif sejak pertengahan tahun lepas.







"Dalam serbuan di lokasi pertama di Taman Ria Jaya, seorang lelaki yang dipercayai dalang utama sindiket berkenaan ditangkap bersama lima perempuan dan satu kanak kanak perempuan warganegara Myanmar yang dipercayai tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk tinggal di negara ini.

Hasil soal siasat ke atas lelaki itu membawa serbuan kedua di sebuah lagi premis di Taman Batik dan seramai 26 orang warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan 16 perempuan yang tidak memiliki pas atau permit yang sah telah ditahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Ridzzuan berkata, suspek utama terbabit dipercayai tinggal di negara ini sejak 35 tahun lepas dan fasih berbahasa Melayu serta mengetahui selok-belok di negara ini.

Beliau berkata tiada elemen penderaan ditemukan terhadap kesemua warga asing yang dilindunginya walaupun pintu jeriji besi premis-premis terlibat dalam keadaan berkunci dari luar dan anak kunci hanya dipegang lelaki terbabit.

"Dia bertindak demikian bagi mengelak penghuninya keluar dan berkeliaran di kawasan sekitar atau melarikan diri. Dia juga mengaku menyediakan dan menghantar makanan dua kali sehari bagi penghuni dua premis tersebut," katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan kini direman selama 14 hari di Depot Imigresen Belantik untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 selain Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Kita juga akan memanggil pemilik premis terlibat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan mana-mana pendatang tanpa izin memasuki atau tinggal di dalam premis mereka," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED