Translate

22 February 2024

Padah buat aksi drift hingga langgar 4x4, pemandu kereta ditahan



Padah buat aksi drift hingga langgar 4x4, pemandu kereta ditahan

Bernama



Polis berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar jam 12.15 tengah malam tadi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Februari 21, 2024 23:45 MYT

Padah buat aksi drift hingga langgar 4x4, pemandu kereta ditahan

Polis berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar jam 12.15 tengah malam tadi. - Gambar hiasan/BERNAMA

BATU PAHAT: Seorang pemandu kereta jenis Toyota Supra yang memandu secara bahaya dengan melakukan aksi 'drift' sehingga terbabas dan melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang di parkir di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa Botani, di sini, ditahan hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt. Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat telah mengesan video tular berdurasi 37 saat di laman Facebook memaparkan kejadian berkenaan.







"Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan serta risikan lanjut, pemuda berkenaan yang bekerja sebagai pekerja kilang ditahan jam 1.15 tengah hari tadi dan ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.

"Tahanan reman ke atas suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 51 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 5 hrs 4 mins ago