Translate

28 February 2024

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini



Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini

Bernama

Februari 28, 2024
Badrul Hisham telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1997. - Foto Facebook JPN

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini

Badrul Hisham telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1997. - Foto Facebook JPN

KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Badrul Hisham Alias dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

JPN dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.

Badrul Hisham, 52, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1997.







Beliau juga pernah berkhidmat di JPN sebagai Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan serta Pengarah Bahagian Kad Pengenalan bermula 2015 hingga 2022, sebelum ke KDN sebagai Setiausaha Bahagian Pendaftaran dan Pertubuhan pada 18 Julai 2022.

Selain itu, JPN turut memaklumkan pelantikan Sarinah Apisah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JPN pada 26 Feb menggantikan Saiful Yazan Alwi yang ditugaskan ke Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), KDN.

"JPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zamri dan Saiful Yazan atas segala sumbangan dan khidmat bakti kedua-duanya kepada JPN," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'President Donald Trump signs an executive order ta' 50 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 min ago
A visitor from Ipoh viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 1 hr 38 mins ago