Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 membuka tirai pada 21 Februari di Istana Negara.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat menerima keberangkatan tiba Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang berkenan menerima tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) selepas berangkat tiba.
Turut berangkat, Pemangku Sultan Johor, Pemangku Raja Perlis serta Tengku Mahkota Kelantan.
Mesyuarat Raja-Raja turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.