Miss Globe 2023 rayu dunia bebas daripada keganasan dan kebencian
Miss Globe 2023 rayu dunia bebas daripada keganasan dan kebencian
Bernama
Disember 11, 2023 
Manvin yang sedang mengikuti pengajian undang-undang di sebuah kolej di ibu kota ini menanam tekad untuk mewakili Malaysia di persada antarabangsa. - Foto BERNAMA
Miss Globe 2023 rayu dunia bebas daripada keganasan dan kebencian
Manvin yang sedang mengikuti pengajian undang-undang di sebuah kolej di ibu kota ini menanam tekad untuk mewakili Malaysia di persada antarabangsa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bukan setakat mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama dinobat Miss Globe 2023, kemenangan ini juga menjadi wadah untuk beliau memperjuangkan isu sejagat yang merentas sempadan dan memecah rintangan.
Ketika pergolakan konflik berterusan di Gaza dan dunia menyaksikan pelbagai paparan kesengsaraan yang ditanggung penduduknya, kejayaan Manvin Khera ini adalah pemangkin komitmen untuk mencetus perubahan.
Ia juga membuktikan bahawa meskipun diselubungi kesukaran, ia bukan penghalang untuk seseorang menggapai impian dan menjadi pencetus inspirasi untuk yang lain.
Memiliki sifat penyayang, kemanusian serta kebaikan, model yang bercita-cita untuk menjadi peguam hebat ini menyeru agar ada usaha kolektif untuk merapatkan jurang, memahami perbezaan serta berusaha ke arah dunia bebas daripada keganasan dan kebencian.
"Ubah diri anda sebagaimana anda mahu dunia berubah ... Sifat tamak manusia adalah punca semua penderitaan yang sedang berlaku di seluruh dunia dan ia perlu dinoktahkan. Banyak perkara sedang berlaku sekarang yang merobek hati saya, mendengar suara jeritan meminta pertolongan dan insan yang tidak berdosa maut pada usia yang amat muda.
"Walaupun umur saya sudah mencapai 22 tahun, saya masih belum puas hidup dan saya mahu hidup lebih lama," Manvin berkongsi perasaannya dengan Bernama dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini.
Wanita tinggi lampai ini memenangi mahkota Miss Globe apabila menewaskan lebih 50 orang ratu cantik lain. Pertandingan Miss Globe ini berlangsung di Sports Palace in Durres, Albania, pada 17 November lepas. Gelaran Miss Globe sebelum ini disandang oleh Anabel Payano dari Republik Dominika.
Untuk rekod, Manvin dimahkotakan sebagai Ratu Wanita Malaya pada Oktober 2022 dan sekali gus memegang gelaran Miss Globe Malaysia 2023.
ADVOKASI UNTUK KENALKAN TARIKAN MALAYSIA
Berasal dari Ipoh, Perak dan membesar di kota metropolitan Kuala Lumpur, peluang berbicara dengan beliau menyerlahkan hakikat bahawa Manvin bukan setakat dianugerahkan dengan kecantikan tetapi juga hati waja untuk menyempurnakan misinya.
Beliau yang sedang mengikuti pengajian undang-undang di sebuah kolej terkemuka di ibu kota ini menanam tekad untuk mewakili Malaysia di persada antarabangsa, bukan semata-mata untuk pencapaian peribadi tetapi komitmen untuk mengharumkan nama Malaysia.
"Ramai meletakkan harapan tinggi untuk saya mengibar megah Jalur Gemilang dan saya bangga untuk berkongsi di sini bahawa semasa pertandingan Miss Globe saya memang mengibar bendera Malaysia di pentas pertandingan," kata Manvin yang juga memenangi gelaran Miss Talent pada pertandingan berkenaan.
Sebagai duta globe, pada tahun 2024, beliau merancang untuk membawa bersama tradisi serta warisan Malaysia ke setiap penjuru dunia, termasuk keindahan pakaian Cheongsam dan Songket.
Menjadi aspirasi beliau untuk mempromosikan kepelbagaian kebudayaan negara ini yang menjadikan Malaysia unik dan indah.
Untuk tahun hadapan (2024), Manvin akan menjelajah beberapa negara, antaranya Kazakhstan, Sepanyol, Portugal, Filipina, Yaman dan Thailand dan bagi Manvin, ia bukan setakat perayaan kebudayaan tetapi peluang untuk memperkenalkan Malaysia.
Miss Globe 2023 ini juga handal dalam bidang sukan iaitu sukan memanah dan bola sepak di samping gemar aktiviti lasak seperti kembara hiking dan berasa tenang di kelilingi alam semula jadi. Bagi Manvin, advokasi untuk alam sekitar adalah pendorong kuat, ditambah kebimbangannya tentang kesejahteraan bumi.
Pencemaran plastik turut menjadi kebimbangan ratu cantik ini dan untuk itu, beliau menggalakkan perniagaan kecil mengamalkan gaya hidup mesra ekologi dengan melaksanakan amalan bebas plastik dalam kegiatan perniagaan mereka.
Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa mendidik masyarakat global tentang kesan buruk plastik sekali pakai ke atas alam sekitar bermula dengan masyarakat setempat.
"Sekali lagi, berubahlah jika anda mahu dunia berubah seperti yang anda inginkan," katanya, sambil menekankan bahawa dianggarkan terdapat 160 juta tan metrik sisa plastik di dalam lautan.
KEASLIAN CIRI PENTING UNTUK MENANG RATU CANTIK
Apabila ditanya tentang nasihat yang ingin beliau kongsikan dengan mereka yang ingin menjadi ratu cantik, Manvin menekankan bahawa mereka perlu memiliki sifat 'keaslian'.
Beliau menjelaskan, dalam dunia yakni pertandingan ratu cantik yang sering menekankan glamor, yang penting perlu jujur dengan diri sendiri.
"Keaslian bagi saya adalah penting. Apa pun apa yang anda lakukan dan nyatakan, anda perlu kekalkan diri anda dan mempunyai niat yang murni.
"Jadilah diri anda sendiri, jangan berpura-pura. Kekal asli dan pamerkan diri yang sebenar. Keaslian adalah kunci untuk seseorang itu berbeza daripada yang lain," kata Manvin yang juga mencipta nama dalam dunia fesyen dan hiburan.
Manvin turut yakin senyumannya yang mencerminkan perasaan gembiranya adalah juga sumber tenaga positif yang menjadikan beliau mudah mesra dengan orang lain.
Di akhir wawancara, beliau berharap kemenangannya sebagai Miss Globe 2023 akan membuka ruang untuk Malaysia memenangi lebih banyak gelaran ratu cantik di peringkat global.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2023
(3771)
-
▼
Dec 2023
(311)
- 'Mencilok' punya pasal, orang lain jadi mangsa
- Adik dituduh bunuh kakak
- Police hunt for armed men in Klang traffic light r...
- Wanted man killed in Butterworth shootout with cops
- Loke kongsi video papar komitmen MOT perkasa penga...
- Meerqeen, Anna Jobling is once again listed in the...
- Matchday 20 EPL Highlights : Manchester United Suf...
- DBKL diarah tingkat rondaan atasi ulat parkir
- Sah cerai talak tiga, teka-teki status perkahwinan...
- A man with 16 previous criminal records was shot d...
- Malaysians have 3 months to update info in Padu da...
- Army officer threatens to beat his wife in viral v...
- 567 PATI Ditahan Dalam Serbuan Imigresen KL di pan...
- Aiman Amer Dan Nurel Bahrin Dinobatkan Sebagai Her...
- AirAsia CEO Riad Asmat resigns
- Teenage girl splashed with acid: Police call 12 in...
- McDonald's Malaysia filed a civil suit against BDS...
- Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu tanda solidarit...
- Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
- Hector Bidoglio is back at the helm of JDT, Aidil ...
- Banduan mengaku salah lakukan oral seks, liwat rak...
- Pemandu lori didakwa rogol anak di hotel
- Tiga anggota polis PGA didakwa curi wang RM85,000 ...
- Pelakon Dan Pengacara Alif Satar kemalangan
- Sultan Selangor ingatkan bukan Islam agar hormati,...
- Arsenal and Tottenham Both Lose
- After the raid, life returns to somewhat normal in...
- Actor Captain Vijayakanth Dies At 71 from Covid-19...
- Former national football striker Shaharuddin Abdul...
- Entertainment Journalist Siti Nor Hafiza dies in L...
- Menteri beri bayangan tiada pilihan raya PBT dalam...
- PM Anwar tiba di Kelantan untuk tinjau situasi banjir
- Manchester CIty and Chelsea back to winning ways.
- Warisan denies getting funds from drug trafficking...
- South Korean actor Lee Sun-kyun of Oscar-winning f...
- Pemandu e-hailing didakwa cederakan wanita China g...
- Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah...
- Penumpang kongsi pengalaman terkandas lebih 27 jam...
- Polis siasat video aksi "Superman" sekumpulan penu...
- KPKT kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan d...
- Pengawal keselamatan disiasat tidak sengaja lepask...
- Manchester United 3 - 2 Aston Villa - dramatic com...
- Malayan Flour, Dindings Poultry to challenge MyCC'...
- Corruption: Individuals with the rank of 'Tun' als...
- Pengerusi NGO didakwa salah guna gelaran Datuk Seri
- Azalina gesa siasatan segera pekerja warga Banglad...
- SKUAD B-23 Malaysia tumpas 1-2 kepada China
- 137 foreign women suspected of working as GRO's we...
- Pavilion management apologises for Christmas tree ...
- Volkswagen Malaysia panggil balik 6,671 kenderaan
- NGO patron among 10 busted for links to Sabah's bi...
- Tiga anggota polis disambung reman, kes curi RM85,...
- Pendakwah bebas, PU Azman diarah membela diri terh...
- Dayang Nurfaizah, Aliff Aziz, Bella Astillah and S...
- Roasted Chicken With Full Trimmings For The New Ye...
- JIM Nafi Kebanjiran Warga China Di KLIA
- Kepala dihempap pokok Krismas hiasan terjatuh di p...
- Police raided six entertainment centers believed t...
- Manchester City wins FIFA Club World Cup with 4- 0...
- Wolverhampton shock Chelsea 2-1 | Astro SuperSport
- British billionaire buys 25% stake in Manchester U...
- Anwar apologises if 'keling' term caused misunders...
- Ular sawa 5.4 meter, 120kg sembunyi dalam reban ayam
- Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal
- Three policemen arrested for stealing RM85,000 dur...
- Mat Sabu remains President of Amanah, Mujahid deputy
- Tiada kompromi pemilik premis sewa lesen, gaji pen...
- 3 ditembak mati, polis tumpas kumpulan samun Rohingya
- COVID-19 cases increased by 29.5 percent - Dr Dzul...
- A Last Minute Goal Gives Malaysia's Under-23 Team ...
- Dengue cases up to Dec 16 increased by 89.3 percen...
- MITRA will return under the Ministry of National U...
- Arsenal are on Top For Christmas after Holding Liv...
- Penggunaan istilah Keling rujukan daripada buku, b...
- Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warg...
- PDRM umum pertukaran 42 pegawai kanan
- Tiga penjenayah Rohingya maut ditembak
- Five companies fined RM415mil for fixing chicken f...
- Astro tawar tontonan percuma untuk 6 saluran terpi...
- KL Tower revolving restaurant shut down after cour...
- SPRM Sita Menara Ilham: Dia rahsia umum seorang ya...
- MACC seizes Menara Ilham
- Be at KLIA at least four hours ahead of departure ...
- Continuous rain warning in Kelantan, Terengganu un...
- The disabled can ride for free on Prasarana trains...
- Kuala Lumpur-Singapore Changi route is world's bus...
- Lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada PGA...
- Court orders lawyer Muhammad Shafee to pay more th...
- Police tracking individuals suspected of torching ...
- Main suspect in JB kidnapping charged, police trac...
- Liverpool 5-1 West Ham United | Carabao Cup (Leagu...
- Polis terima lebih 500 laporan berhubung kes penip...
- Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perke...
- E-hailing driver nabbed for allegedly hitting pass...
- Tiga warga asing sedia khidmat RTK 2.0 ditahan
- Tamil Nadu Rain Fury: 10 Killed, 20,000 Stranded |...
- Govt bans Israeli-owned ships from docking in Mala...
- Jealousy believed to be motive for murder of woman...
- US President Joe Biden safe but visibly startled a...
- Dato M Daud Kilau Remembered : Duet with Kris Daya...
- Lelaki Meninggal Dunia Akibat Dilanggar Ketika Ban...
- Wanita Maut Ditikam Beberapa Kali Di Klang
- FIFA Club World Cup Semi Finals: Urawa Reds 0-3 M...
- A woman was hacked to death with a machete by a ma...
- Police are hunting individuals who set fire to vap...
- COVID-19 JN.1 variant found in Jakarta and Batam
- COVID-19: MAIK encourages wearing of face mask in ...
- Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi ba...
- Kes COVID-19 meningkat, Agong nasihatkan rakyat di...
- Covid-19: Face masks not mandatory but encouraged ...
- Agong kurnia gelaran 'Tan Sri' kepada Hakim Besar ...
- Prominent lawyer Datuk Sulaiman Abdullah, who was ...
- PM Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah Menghadap Maharaj...
- Polis buka kertas siasatan terhadap Papagomo
- FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
- Raja Gelek Malaysia Penyanyi M. Daud Kilau meningg...
- Spidey Nazri' diberkas ketika sembunyi dalam hutan
- KKM laksana 5 strategi kawalan COVID-19
- COVID: No instruction to make it mandatory for Mal...
- Tiada 'double standard' dalam pendakwaan pegawai k...
- Kedai serbaneka dalam video viral yang disyaki jal...
- Malaysian jazz legend & Drummer Lewis Pragasam has...
- Senior Police Officer With DSP Rank charged with m...
- Veteran singer Ibnor Riza succumbs to cancer at 62
- Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pa...
- JAKIM has denied banning writing Christmas greetin...
- EPL Highlights 16.12 - Manchester City Held 2-2 By...
- Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-R...