Kenyataan Akhbar KPK 11 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
11 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 7,749 kes (563,779 kes kumulatif, 87.2%);
- Kes baharu : 6,849 kes (646,411 kes kumulatif);
- Kes import : 4 kes (1 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,845 kes [4,935 warganegara (72.1%); 1,910 bukan warganegara (27.9%)];
- Kes aktif : 78,864 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :912 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 458 kes;
- Kes kematian : 84 kes (3,768 kes kumulatif, 0.58%; 76 warganegara, 8 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,438 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,683 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 755 kluster.
Sebanyak 84 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 19 kes di Selangor, 12 kes di Sarawak, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tujuh (7) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Pahang dan Sabah, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes di Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT BERKENAAN SINDROM POST COVID (LONG COVID)
Pada 18 Disember 2020, The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Long COVID atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid. Sindrom ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih dan gejala-gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif. Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post COVID. Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post COVID. Antara lima (5) simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit COVID-19 adalah kelesuan (fatigue), kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam (insomnia), batuk (cough) dan kegelisahan (anxiety).
Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit (symptomatic relief) dan fungsi tubuh yang terlibat. Rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan klinikal yang optimum. Kajian klinikal akan terus dijalankan bagi memahami dan mengenalpasti kesan Sindrom Post COVID dan ianya akan dimaklumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.
Oleh itu, pesakit-pesakit COVID-19 yang didiscaj dari hospital akan diberikan temujanji rawatan susulan dan mereka diingatkan untuk hadir mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Manakala bagi bekas pesakit COVID-19 yang masih mempunyai gejala, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan di klinik atau hospital berhampiran. Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pesakit COVID-19 pada tahap terbaik dan mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang.
Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga diri kita dan ahli keluarga kita supaya kekal terlindung daripada bahaya COVID-19 dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit COVID-19 yang serius. Ini kerana kesannya boleh berpanjangan dan mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang. Harus diingatkan bahawa golongan muda adalah merupakan kumpulan utama warga kerja bagi pelbagai sektor di negara kita. Golongan muda yang sihat adalah kunci kepada produktiviti negara.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
11 Jun 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 11 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 2,558 (4) | 211,403 |
WP KUALA LUMPUR | 884 | 66,195 |
SABAH | 309 | 65,330 |
JOHOR | 426 | 63,772 |
SARAWAK | 699 | 54,330 |
NEGERI SEMBILAN | 685 | 32,833 |
PULAU PINANG | 205 | 31,656 |
KELANTAN | 248 | 31,537 |
PERAK | 161 | 23,307 |
KEDAH | 161 | 21,399 |
MELAKA | 170 | 14,527 |
PAHANG | 89 | 11,415 |
TERENGGANU | 66 | 10,439 |
WP LABUAN | 176 | 5,634 |
WP PUTRAJAYA | 10 | 2,086 |
PERLIS | 2 | 548 |
JUMLAH KESELURUHAN | 6,849 (4) | 646,411 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 84 kes kematian pada 11 Jun 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang Penyakit |
3685 | Selangor | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Ampang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3686 | Perlis | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Tuanku Fauziah, Kangar | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
3687 | Selangor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia | – |
3688 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi dan dislipidemia |
3689 | Selangor | Lelaki (WN) | 57 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi |
3690 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Serdang | Kencing manis dan darah tinggi |
3691 | Sarawak | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sibu | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3692 | Sarawak | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Sibu | Darah tinggi, dislipidemia, dan strok |
3693 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
3694 | Johor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | – |
3695 | Melaka | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Melaka | Darah tinggi dan jantung |
3696 | Pahang | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3697 | Pahang | Lelaki (WN) | 47 | Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Kuantan | Darah tinggi dan obesiti |
3698 | Sarawak | Lelaki (WN) | 76 | Hospital Sibu | Jantung, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
3699 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3700 | Sarawak | Perempuan (WN) | 72 | Jenazah dibawa ke Hospital Kanowit | Darah tinggi dan dislipidemia |
3701 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Tampin | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti |
3702 | Sabah | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3703 | Sarawak | Lelaki (WN) | 54 | Hospital Miri | Darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
3704 | Pahang | Perempuan (WN) | 35 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Obesiti, kencing manis, dan darah tinggi |
3705 | Terengganu | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Darah tinggi, buah pinggang kronik, dan hati |
3706 | Sabah | Perempuan (WN) | 63 | Jenazah dibawa ke Hospital Semporna | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3707 | Pahang | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Darah tinggi dan dislipidemia |
3708 | Pahang | Perempuan (WN) | 84 | Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3709 | Terengganu | Lelaki (WN) | 87 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Darah tinggi dan sawan |
3710 | Selangor | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Kajang | – |
3711 | Kelantan | Perempuan (WN) | 79 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Jantung, darah tinggi, dislipidemia, dan strok |
3712 | Perak | Perempuan (WN) | 85 | Hospital Taiping | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
3713 | Sabah | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Kencing manis dan darah tinggi |
3714 | Sarawak | Lelaki (WN) | 55 | Jenazah dibawa ke Hospital Miri | – |
3715 | WP Labuan | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Labuan | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3716 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
3717 | Terengganu | Perempuan (WN) | 66 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Kencing manis, darah tinggi, dan strok |
3718 | Selangor | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
3719 | Johor | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
3720 | Johor | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Darah tinggi |
3721 | Sarawak | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Sibu | Darah tinggi, dislipidemia, dan pankreas |
3722 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3723 | Pahang | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | – |
3724 | Selangor | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
3725 | Sabah | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Tawau | Darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan asma |
3726 | Sarawak | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Miri | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3727 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Jelebu | Strok |
3728 | WP Labuan | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Labuan | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
3729 | Selangor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
3730 | Selangor | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi |
3731 | Melaka | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Melaka | – |
3732 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Labuan | Darah tinggi |
3733 | Selangor | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Kajang | Kencing manis dan darah tinggi |
3734 | Selangor | Lelaki (WN) | 39 | Hospital Sungai Buloh | Obesiti |
3735 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 38 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Obesiti |
3736 | Kedah | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
3737 | Sarawak | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Miri | Darah tinggi dan dislipidemia |
3738 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 79 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Jantung dan kanser |
3739 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 27 | Hospital Labuan | – |
3740 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 46 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | – |
3741 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 44 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | – |
3742 | Sarawak | Perempuan (WN) | 80 | Jenazah dibawa ke Hospital Bintulu | Kencing manis dan darah tinggi |
3743 | Sarawak | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Sibu | Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan kanser |
3744 | Sarawak | Perempuan (WN) | 63 | Jenazah dibawa ke Hospital Sri Aman | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik |
3745 | Selangor | Perempuan (WN) | 55 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
3746 | Selangor | Lelaki (WN) | 42 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi |
3747 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 89 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | – |
3748 | Sabah | Lelaki (WN) | 67 | Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan | – |
3749 | Johor | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Kencing manis dan darah tinggi |
3750 | Selangor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Kajang | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3751 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan tiroid |
3752 | Johor | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Darah tinggi |
3753 | Johor | Lelaki (WN) | 52 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Darah tinggi dan obesiti |
3754 | Johor | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
3755 | WP Labuan | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Labuan | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3756 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 80 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | Darah tinggi dan strok |
3757 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
3758 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
3759 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 41 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan obesiti |
3760 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Pulau Pinang | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
3761 | Selangor | Perempuan (BWN) | 57 | Hospital Sungai Buloh | – |
3762 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (BWN) | 28 | Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya | – |
3763 | Selangor | Lelaki (BWN) | 49 | Jenazah dibawa ke Hospital Kajang | Tuberkulosis |
3764 | Sabah | Perempuan (BWN) | 74 | Hospital Tawau | Kencing manis |
3765 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (BWN) | 52 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | – |
3766 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (BWN) | 41 | Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya | Darah tinggi |
3767 | WP Labuan | Lelaki (BWN) | 78 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | – |
3768 | WP Labuan | Lelaki (BWN) | 52 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 6,849 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 2,558 | 979 | 1,163 | 4 | 412 |
WP KUALA LUMPUR | 884 | 65 | 552 | – | 267 |
SARAWAK | 699 | 90 | 441 | – | 168 |
NEGERI SEMBILAN | 685 | 426 | 220 | – | 39 |
JOHOR | 426 | 178 | 172 | – | 76 |
SABAH | 309 | 90 | 144 | – | 75 |
KELANTAN | 248 | 29 | 169 | – | 50 |
PULAU PINANG | 205 | 81 | 69 | – | 55 |
WP LABUAN | 176 | 34 | 78 | – | 64 |
MELAKA | 170 | 54 | 87 | – | 29 |
PERAK | 161 | 102 | 42 | – | 17 |
KEDAH | 161 | 11 | 96 | – | 54 |
PAHANG | 89 | 38 | 40 | – | 11 |
TERENGGANU | 66 | 5 | 37 | – | 24 |
WP PUTRAJAYA | 10 | 4 | 5 | – | 1 |
PERLIS | 2 | – | – | – | 2 |
JUMLAH KESELURUHAN | 6,849 | 2,186 | 3,315 | 4 | 1,344 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 JUN 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Industri Persiaran Raja Lumu | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 95 | 197 |
2 | Industri Jalan Bunga Cempaka Dua | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor dan Petaling | 71 | 261 |
3 | Industri Sungai Putus | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 52 | 261 |
4 | Industri Puchong Lima | Tempat Kerja | Selangor | Petaling | 44 | 68 |
5 | Industri Jalan Batu Arang | Tempat Kerja | Selangor | Gombak dan Petaling | 34 | 46 |
6 | Bukit Bakri | Tempat Kerja | Johor | Muar | 25 | 38 |
7 | Jalan Tanjung A Tiga | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 19 | 119 |
8 | Jalan Renchong | Tempat Kerja | Johor | Muar | 12 | 22 |
9 | Laman Satu | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 10 | 34 |
10 | Sungai Kakus | Tempat Kerja | Sarawak | Tatau | 51 | 117 |
11 | Pekan Tatau Baru | Tempat Kerja | Sarawak | Tatau | 27 | 742 |
12 | Semanok | Tempat Kerja | Sarawak | Tatau | 7 | 196 |
13 | Kopi Blues | Komuniti | Sabah | Tawau | 12 | 20 |
14 | Penchala | Komuniti | WP Kuala Lumpur | Kepong | 105 | 521 |
15 | Cabang Empat Chetok | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 17 | 27 |
16 | Jalan Permatang Lapan | Kumpulan Berisiko Tinggi | Johor | Johor Bahru | 18 | 57 |