Translate

11 June 2021

Dua anggota polis wanita jadi 'bidan terjun' (Video)

Dua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Expressway Kuching-Samarahan benar-benar menjadi 'bidan terjun' 

Dua polis wanita jadi 'bidan terjun'

Info Roadblock JPJ/POLIS

KOTA SAMARAHAN: Dua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Expressway Kuching-Samarahan benar-benar menjadi 'bidan terjun' apabila menyambut kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan di dalam kereta malam tadi.

Kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan membantu seorang wanita berusia 26 tahun dari Kampung Semera Ulu, Asajaya, yang sebelum itu dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bersama suaminya berusia 28 tahun.

Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata tugasnya di sekatan jalan raya itu bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam.

Katanya, kejadian berlaku jam 11.50 malam sebelum dia bakal menamatkan tugasnya dan bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki bahawa isterinya mahu bersalin.

"Sebaik menghampiri kereta, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak dan dalam keadaan berdarah.

"Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, dia dibantu Koperal Perakson Jennie, 40, menyelimutkan bayi berkenaan yang menangis kesejukan menggunakan tuala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram, berkata suami wanita itu yang panik terus memandu ke arah sekatan jalan raya untuk mendapatkan bantuan.

"Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

"Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor untuk bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan tuala, " katanya.

Katanya, ibu dan bayi dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED