Translate

27 March 2021

Polis Buru Banduan Yang melarikan diri daripada Penjara Pengkalan Chepa

Polis buru banduan lolos

Kelab Info Malaysia
27/3/2021

Kota Bharu: Polis memburu seorang lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, polis menerima panggilan daripada penjara yang memaklumkan banduan lelaki melarikan diri pada jam 10.13 pagi.

Katanya, suspek dikenali sebagai Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Kampung Delima, Wakaf Bharu.

"Suspek adalah banduan tahanan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak 22 Mac lalu.

"Dalam masa sama, suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dengan jenayah dan dadah," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek disedari melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dipercayai memanjat pagar di menara penjara.

"Polis dengan bantuan semua bahagian termasuk pihak penjara sedang menjalankan pencarian suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada polis atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Source: Kelab Info Malaysia / Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 6 hrs 56 mins ago