Translate

31 March 2021

Malaysia Terima 600,000 Dos Vaksin AstraZeneca Pada Jun - Khairy

Malaysia terima 600,000 dos vaksin AstraZeneca pada Jun - Khairy

Astro Awani
31/3/2021

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menerima 600,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca menerusi kilang pembuatan vaksin itu di Thailand pada Jun depan.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, pihaknya telah menerima jadual penghantaran itu daripada AstraZeneca Malaysia pada Rabu.

"Saya baru sahaja menerima jadual penghantaran vaksin AstraZeneca. Tetapi ini bukan dari fasiliti COVAX, tetapi terus dari AstraZeneca Malaysia iaitu menerusi kontrak pembuatan vaksin AstraZeneca di Thailand.

"Saya nak mengesahkan penghantaran vaksin AstraZeneca ini bermula Jun depan… kita akan menerima 600,000 dos vaksin tersebut yang akan dihantar secara berkala setiap bulan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Kolaborasi Korporat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, jelas Khairy, kerajaan masih menunggu jadual penghantaran mengenai pembelian vaksin AstraZeneca menerusi fasiliti COVAX.

Mengulas lanjut berkenaan tindakan kerajaan India baru-baru ini menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca daripada Serum Institute of India (SII), kata Khairy, tindakan itu tidak akan menjejaskan penghantaran vaksin AstraZeneca ke Malaysia.

Ini kerana, ujar beliau, vaksin AstraZeneca yang dibeli oleh Malaysia dibuat oleh syarikat pengeluar vaksin dari Korea, SK Bioscience.

"Saya percaya tindakan menggantung vaksin tersebut oleh kerajaan India tiada kaitan dengan vaksin yang akan kita terima, kerana vaksin AstraZeneca itu dibuat oleh syarikat dari negara Korea, SK Bioscience," jelas Khairy lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 32 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 46 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 49 mins ago