Translate

31 March 2021

'Semua Menteri UMNO Kekal Dalam Kabinet' - PM

'Semua menteri UMNO kekal dalam kabinet' - PM

Berita RTM
31/3/2021

PUTRAJAYA, 31 Mac - Semua menteri daripada UMNO akan terus kekal berada dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin lalu yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam kabinet kerajaan PN.

Keputusan terus kekal berada di dalam kabinet kerana mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

Pada masa ini, tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi COVID-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.

Beberapa menteri daripada UMNO memegang portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini.

Isnin lalu, menteri-menteri daripada UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berikutan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

Source: Berita RTM

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 54 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Cyberjaya viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelik! Kontrak Azam Baki Disambung Kali Ketiga-Tua' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana ' 2 hrs 33 mins ago