Translate

29 March 2021

Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan


 



Rumah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan

BERNAMA
28/3/2021

BATU PAHAT: Sebuah rumah musnah terbakar kira-kira sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong di sini.

Saksi kejadian yang juga jurugambar majlis berkenaan, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata kebakaran berlaku kira-kira 1.20 petang manakala majlis pertunangan berkenaan sepatutnya berlangsung pada 2.30 petang.

Katanya, ketika itu, dia sedang bersiap-siap untuk melakukan tugasan mengambil gambar tetapi dikejutkan dengan api marak yang membakar rumah tersebut.

"Keadaan menjadi kelam-kabut sehinggakan ahli keluarga pasangan itu tidak sempat menyelamatkan barang-barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen-dokumen penting di dalam rumah.

"Ada antara ahli keluarga yang pengsan dan cedera melecur kerana nekad mahu menyelamatkan kenderaan yang berhampiran selain cedera kerana terpijak kaca," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Izzat, kebakaran dipercayai akibat litar pintas di bahagian dalam rumah tersebut, menyebabkan api merebak pantas berikutan struktur rumah diperbuat daripada separa batu dan kayu.

Katanya, ketika kejadian, dianggarkan 100 tetamu berada di rumah berkenaan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, PKPgB Mohd Fauzi Mohd Nor berkata kebakaran memusnahkan hampir 80 peratus rumah tersebut serta sebuah motosikal.
"Sebanyak 22 anggota bomba berserta tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.18 petang.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 3.34 petang," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 14 mins ago