Translate

30 March 2021

Pembantu Rumah Dengan Visa Dibenar Kembali Ke Malaysia

Pembantu rumah dengan visa dibenar kembali ke Malaysia 

Astro Awani
30/3/2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan hanya membenarkan pembantu rumah yang mempunyai visa dan permit kerja yang sah untuk kembali ke Malaysia.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, kebenaran itu tetap tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) iaitu ujian saringan dan kuarantin.

"Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembantu rumah yang mempunyai visa dan terkandas di kampung akibat penutupan sempadan negara untuk kembali bekerja di Malaysia dengan syarat memohon melalui My Travel Pass.

"Setelah mendapat kebenaran, mereka perlu menjalani ujian saringan dan dikuarantin wajib mengikut SOP yang telah ditetapkan.

"Kos kuarantin perlu ditanggung oleh majikan masing-masing," katanya dalam sidang media pada Selasa.

[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 30 Mac 2021

Sementara itu, beliau berkata, permohonan baharu pembantu rumah pula dibenarkan untuk diproses, namun mereka hanya dibenarkan masuk ke dalam negara selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka.

"Atas rayuan daripada Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing, kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan agensi-agensi ini memproses permohonan pengambilan pembantu rumah kerana ia dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan," tambah beliau lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 22 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 59 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 40 mins ago