Translate

29 March 2021

Sajat: Masa Bila Kita Jadi Pelarian? Buat Apa Nak Jadi Pelarian...?'

SAJAT TAK MENYOROK!?
Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian...?' - Sajat


Astro Awani
29/3/2021

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan dia bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.

Menurut video berdurasi 2.21 minit yang dimuat naik menerusi media sosial peribadinya, Nur Sajat menafikan dia ‘melarikan’ diri daripada pihak berkuasa.

“Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian?

“Masa bila saya menyorok? Ada ke awak nampak saya menyorok?” soalnya menerusi video berkenaan.

Nur Sajat mendakwa dia mendiamkan diri disebabkan keadaannya yang tidak sihat.

“Saya bukan menyorok, tapi hanya mendiamkan diri dari Instagram,” ujarnya.

Bagaimanapun, sepanjang menjawab soalan netizen, Nur Sajat tidak mendedahkan wajahnya dalam video tersebut.

Nur Sajat sebelum ini dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, ' 6 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 47 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Wall St leaps after Trump announces 90-day tariff ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Caj Perkhidmatan PUSPAKOM Naik Mulai 1 April | BES' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat | ' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Perm viewed 'Pemandu Kereta Yang Menyebabkan Penunggang Motosik' 3 hrs ago