Suami isteri beri keterangan mengenai karikatur komunis
Harian Metro
13/1/21
Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran milik mereka tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, bagi memberi keterangan.
Kedua-duanya yang berusia 41 tahun itu dilihat hadir ke balai polis berkenaan bersama peguam Dev Kumaraendran kira-kira 12.30 tengah hari.
Dev berkata, pasangan terbabit mempunyai dua restoran di Jalan Icon City, Juru dan Pulau Tikus, di sini.
Katanya, karikatur berkenaan menghiasi dinding premis mereka sejak dua dan empat tahun lalu.
Source: Harian Metro YouTube