Translate

13 January 2021

Beberapa Kakitangan Pasar Raya Giant Subang Jaya Disahkan Positif COVID-19

Beberapa kakitangan pasar raya Giant Subang Jaya disahkan positif COVID-19

Astro Awani
13/1/21

KUALA LUMPUR : Beberapa kakitangan pasar raya Giant cawangan Subang Jaya telah disahkan dijangkiti COVID-19.

Menurut kenyataan pasar raya berkenaan pada Rabu, susulan kes jangkitan tersebut, pasar raya itu akan ditutup serta merta bermula hari ini bagi menjamin keselamatan orang awam.

"Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan usaha mengenal pasti kontak rapat kepada kes positif.

"Buat pelanggan, mereka boleh berhubung terus dengan pihak (KKM) untuk mendapatkan kepastian (sekiranya berada dalam lingkungan kontak rapat kepada kes positif).

"Mereka boleh menghubungi KKM menerusi talian hotline di 03-88810200," petik kenyataan itu.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan Giant memberi jaminan akan sentiasa menitikberatkan langkah keselamatan dari semasa ke semasa.

"Kami amat menyarankan orang awam untuk sentiasa patuh dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM," tambah kenyataan sama.

Walau bagaimanapun, tiada jumlah sebenar dinyatakan berkenaan dengan kakitangan yang terlibat dalam kes jangkitan tersebut.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Posted by Giant Malaysia on Tuesday, January 12, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED