Harian Metro
13/1/21
Berusia antara 20 hingga 24 tahun manakala, dadah yang dirampas adalah jenis syabu, pil ekstasi, pil Erimin 5, ganja, ketamin dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
Katanya, turut dirampas dua kenderaan jenis Toyota Vios dan Toyota Estima dengan nilai keseluruhan RM93,000, selain wang tunai berjumlah RM160,366 bagi membantu siasatan.
Mengulas lanjut, Saiful Azly berkata, hasil siasatan lanjut mendapati semua suspek aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di Lembah Klang, sejak dua bulan lalu.
Semua suspek direman selama tujuh hari berakhir Jumaat ini, mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Source: Harian Metro YouTube