Translate

20 September 2020

IWK Tangkis Dakwaan Cemari Sungai Gong di Rawang - CEO


IWK Tangkis Dakwaan Cemari Sungai Gong di Rawang - CEO
BERNAMA
20/09/2020 01:45 PM



KUALA LUMPUR, 20 September -- Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) hari ini menegaskan kejadian air di Sungai Gong, Rawang menjadi hitam, bukan berpunca daripada pelepasan efluen Loji Rawatan Kumbahan Kawasan Perindutsrian Rawang (GBK134) seperti dilaporkan media, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK Narendran Maniam, sebaliknya berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapat buangan bukan kumbahan berwarna kuning dalam kebuk masuk loji tersebut sehingga menyebabkan efluen di peringkat proses akhir loji tercemar dengan warna kuning pekat.

“Petugas IWK di loji terbabit masih memantau dan mengawal kemasukan air kumbahan ke loji. Kami mengesyaki terdapat pembuangan sisa secara haram berlaku berdekatan dengan loji IWK sehingga bahan terbabit mengalir masuk ke dalam loji.

“Sehubungan itu, petugas kami terus menghentikan pelepasan discaj efluen dan operasi pembersihan segera dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya hari ini. Kerja-kerja dos bahan kimia dijalankan dengan pantas bagi mengawal keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, media melaporkan bahawa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan insiden air Sungai Gong, Rawang berwarna hitam tetapi tiada bau yang disyaki disebabkan pewarna.

Hasil siasatan lanjut, LUAS menemukan pelepasan efluen berwarna dan berbuih, daripada discaj efluen loji rawatan kumbahan IWK GBK 134 area 5, di kawasan Perindustrian Rawang.

Kesal dengan dakwaan itu, Narendran berkata perkara itu boleh mengelirukan orang ramai selain menjadi penyebab untuk mereka menuding jari kepada IWK, walaupun punca sebenar berkemungkinan daripada pembuangan sisa secara haram.

“IWK sangat kecewa kerana sering menjadi sasaran mudah kepada sebarang kejadian pencemaran air seperti kejadian terbaharu ini tanpa membuat sebarang pemeriksaan rapi atau melaporkan maklumat secara menyeluruh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa loji rawatan air kumbahan direka bentuk hanya bagi merawat air kumbahan dan ia tidak mampu merawat sebarang bahan kimia atau sisa lain yang dilepaskan secara haram ke dalam jajaran paip pembentungan.


Tegasnya, pembuangan sisa haram bukan kumbahan adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hamas REJECTS Israel's ceasefire extension proposa' 27 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Tujuh sekeluarga nyaris maut, kereta langgar tiang' 35 mins ago
A visitor from Bukhara viewed 'American Airlines flight diverted to Rome followin' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac |' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pa' 1 hr 40 mins ago
A visitor from George town viewed 'Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi appointed as the n' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hamas REJECTS Israel's ceasefire extension proposa' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan |' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Manchester City 3 - 1 Plymouth Argyle | Fifth Roun' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Video 'deepfake' Prabowo jadi bahan perdaya rakyat' 2 hrs 14 mins ago