Translate

18 September 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 95 ( Imported - 4, Local- 91), Active Cases- 754 | Total Cases- 10147 | New Death- 1 | Total Deaths- 129


Kenyataan Akhbar KPK 18 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,264 kes (91.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 95 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,147 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 754 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 95 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara dari negara:

  • Indonesia [3 kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Selangor]; dan
  • China (1 kes krew kapal di Sabah).

Daripada 91 kes penularan di dalam negara, 68 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 90 kes
    • 76 kes daripada saringan Kluster Benteng LD yang melibatkan 20 bukan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan satu (1) bukan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Selamat;
    • Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan satu (1) bukan warganegara di Hospital Lahad Datu;
    • Dua (2) kes saringan bergejala. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau;
    • Satu (1) kes saringan kematian di Hospital Semporna yang melibatkan bukan warganegara (iaitu kes ke-10,145). Kes ini juga merupakan kes kematian ke-129 yang dilaporkan seperti di bawah; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10,145. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan Kluster Bunga.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 129 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

  • Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi. Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD, KLUSTER PULAU, KLUSTER SELAMAT DAN KLUSTER BUNGA

Kluster Benteng LD

Terdapat 76 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 550 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,814 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (2,009 disaring):
    • 151 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 552 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (5,804 disaring);
    • 398 kes dikesan positif COVID-19 (66 kes baharu);
    • 4,120 individu negatif; dan
    • 1,286 individu menunggu keputusan.
  3. Sandakan – satu (1) kes baharu, saringan yang dikesan positif COVID-19

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,388 banduan dan tahanan di mana 457 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 20 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,391 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 23 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,036 pegawai agensi kerajaan lain di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,841 kontak sosial di mana 49 kes dikesan positif COVID-19.

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 550 kes positif COVID-19, 271 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (185 kes); dan
  • Indonesia (94 kes).

Kluster Pulau

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 14 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 345 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Kunak (342 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 63 individu negatif; dan
    • 268 individu menunggu keputusan.
  2. Semporna – Tiga (3) saringan di mana semua dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 14 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala satu (1) adalah warganegara Filipina.

Kluster Selamat

Terdapat tiga (3) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak lima (5) kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 132 individu masih menunggu keputusan.
  • Kluster Bunga

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bunga pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Selangor (10 disaring);
    • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Enam (6) individu negatif.
  2. Negeri Sembilan (45 disaring);
    • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
    • 38 individu negatif.
  3. Terengganu (4 disaring); dan
    • Empat (4) individu negatif.

Daripada jumlah saringan dalam kluster, 45 adalah warganegara Malaysia dan 14 adalah bukan warganegara yang terdiri daripada negara;

  • India: Enam (6) individu;
  • Filipina: Enam (6) individu;
  • Singapura: Satu (1) individu; dan
  • Ghana: Satu (1) individu.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi keempat-empat kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG BAGI INDIVIDU YANG DIKUARANTIN

Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran. Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut.

Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan COVID-19.

KKM sangat berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan (front liner) di kawasan masing-masing yang bertindak melaporkan individu dengan gelang kuarantin yang berada di tempat umum. Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai oleh KKM.

RANTAIAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DAPAT DIPUTUSKAN DENGAN PEMATUHAN PENUH PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP) OLEH SEMUA PIHAK

Seperti yang terus ditekankan oleh KKM, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat mempunyai dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Standard Operasi (SOP) serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan. Ini amat penting kerana ianya dapat membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara.

Amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing), kerap menjaga kebersihan tangan dan mencuci tangan dengan air dan sabun, pemakaian alat pelitup muka (facemask) di tempat awam dan tempat yang sesak perlu dilaksanakan pada setiap masa. Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR02,625
SELANGOR3 (3)2,205
NEGERI SEMBILAN11,044
SABAH91 (1)1,036
JOHOR0752
SARAWAK0701
PAHANG0371
KEDAH0312
PERAK0269
MELAKA0262
KELANTAN0160
PULAU PINANG0141
TERENGGANU0114
W.P. PUTRAJAYA099
PERLIS033
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN95 (4)10,147

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import






Laporan terperinci kes baharu #COVID19 18 Sept.

95 kes - 91 kes tempatan, 4 import. Kes tempatan - 68 warganegara, 23 bukan warganegara Kes import - 4 bukan warganegara



Terkini COVID-19; 18 September 2020 Jumlah discaj baru:14 Jumlah kumulatif:9264 (91.3%) Jumlah kes baru;95 Jumlah kumulatif:10147 Jumlah kes aktif:754 Kes local:91 (68WN, 23BWN) Kes import:4 (4BWN) Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif:128 (1.27%) Kes di ICU:11 Pesakit intubated: 2



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED