Translate

30 August 2020

SPRM nafi keluar kenyataan siasat dakwaan sogokan di PRK Slim (1 Video)

PRK SLIM | SPRM Nafi Keluar Kenyataan Siasat Rasuah

 

 BERNAMA

30/08/2020 05:22 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media bertajuk 'SPRM siasat pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim' yang mempunyai kaitan dengan satu lagi berita palsu tentang video tular pemberian wang sogokan semalam.

SPRM dalam kenyataannya hari ini turut memohon semua pihak agar menyalurkan maklumat kepada pihaknya atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku.

"Semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim digalakkan untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada SPRM atau PDRM," demikian menurut kenyataan itu.

Hari ini tular di media sosial kenyataan mendakwa SPRM menyiasat pemberian wang sogokan pada PRK DUN Slim.

Kenyataan palsu itu menyusuli berita palsu yang tular semalam mendakwa SPRM mengesahkan telah menerima video tular berkaitan penawaran wang sogokan daripada peraih undi kepada bakal pengundi DUN Slim.

-- BERNAMA

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 1 hr 57 mins ago