Translate

21 June 2020

Dua beranak parah, kereta dirempuh di Sungai Buloh




Astro Awani
Jun 21, 2020 07:55 MYT


Kejadian berlaku kira kira jam 11 malam ketika empat beranak dalam perjalanan pulang ke utara semenanjung. - Astro AWANI

SUNGAI BULOH: Dua beranak parah manakala dua lagi terselamat apabila kenderaan yang dinaiki dirempuh dari belakang di Kilometer 452 Lebuhraya Utara Selatan arah utara kira-kira jam 11 malam tadi.

Kejadian yang berlaku di lokasi antara Sungai Buloh dan Rawang itu melibatkan empat beranak tersebut yang dalam perjalanan pulang ke utara semenanjung.

Sebaik dirempuh, kenderaan yang dinaiki mereka berpusing dan terbalik.

Mangsa yang merupakan seorang bapa dan seorang anak berusia tujuh tahun parah di kepala dan dada, manakala dua lagi anggota keluarga itu dalam keadaan trauma.

Polis dalam proses mendapatkan saksi kejadian bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Pemandu kereta yang didakwa merempuh diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED