Translate

27 June 2020

Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT, ) 'runner' ditahan minta rasuah RM4,000 daripada peniaga

Astro Awani
Jun 27, 2020 20:14 MYT


Penguat kuasa berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 pada petang Sabtu di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan. - Gambar Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu menahan seorang penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah RM4,000 daripada seorang peniaga kedai makan.

Penguatkuasa berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 pada petang Sabtu di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, penahanan dibuat susulan daripada tangkapan seorang lelaki yang disyaki bertindak sebagai runner kepada individu berkenaan untuk meminta wang sogokan.

Runner berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 7.45 malam pada Jumaat di sebuah gerai makan di ibu negara.

Majistret Mahkamah Kuala Lumpur membenarkan tahanan reman terhadap runner tersebut selama lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai.

Menurut sumber, pada 15 Jun lepas, sepasukan penguat kuasa PBT telah memeriksa dan menyita kedai makan di sebuah apartmen di ibu negara kerana kesalahan tiada lesen perniagaan yang sah dan menggaji pekerja asing.

Tiga hari kemudian, seorang runner telah datang dan berjumpa peniaga kedai makan tersebut dan meminta wang rasuah RM4000 sebagai balasan agar tidak dikenakan tindakan.

Individu tersebut juga meminta wang perlindungan berjumlah RM500 secara bulanan supaya kedai makan tersebut tidak diganggu dan tidak diambil tindakan undang-undang.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed 'Police have arrested five men suspected of kidnapp' 9 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 39 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Lumpia Recipe by Pia Wurtzbach Miss Universe 2015 ' 52 mins ago
A visitor from Kansas viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 58 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 1 hr 2 mins ago
A visitor from New york viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 1 hr 58 mins ago