Translate

29 June 2020

PKR sahkan pemecatan lima pemimpin parti didakwa 'geng Azmin' ( Video )


Astro Awani
Afiezy Azaman
Jun 29, 2020 09:33 MYT


Ketua Wanita PKR Haniza Talha antara yang dipecat daripada PKR. -Gambar fail

 

 KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan pemecatan lima pemimpin parti itu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mereka ialah Ketua Wanita PKR, Haniza Talha; Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria; dua ADUN Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); dan Ketua Wanita Keadilan Sabah, Rahimah Majid.

Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kassim melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan pada Ahad.

Sementara itu, tiga lagi pemimpin parti itu diberi amaran iaitu Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang, Carolyn Khor; dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.

Manakala seorang anggota parti Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian sehingga selesai siasatan kerana terlibat dalam serangan fizikal terhadap Tian Chua.

Kedua Haniza dan Afif digantung daripada keahlian PKR sejak bulan Mei atas cadangan daripada Lembaga Disiplin Parti.

Parti itu memulakan siasatan tatatertib terhadap mereka yang diketahui berpihak kepada Mohamed Azmin setelah pemimpin itu merencana 'Langkah Shereton' yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), pada Februari lepas.

Azmin dan beberapa pemimpin PH keluar parti untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS untuk membentuk Perikatan Nasional.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'JKR laksana 66 projek baharu KKM bernilai R' 43 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 46 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 46 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Kes Buli / Pukul di asmara sekolah l' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 4 hrs 33 mins ago