Translate

27 June 2020

Empat cedera kemalangan kereta api di Lipis ( Video )

Bernama
Jun 27, 2020 19:37 MYT

Sebuah daripada kereta api itu dalam perjalanan dari Stesen Chegar Perah ke Stesen Padang Tengku di Lipis, manakala sebuah lagi dari arah bertentangan. - Facebook KTM Berhad


KUANTAN: Empat pekerja syarikat penyelenggaraan rel kereta api cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu yang berlaku berhampiran stesen kereta api Chegar Perah di Lipis, kira-kira 300 kilometer (Km) dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata kemalangan dipercayai berlaku pukul 9.30 pagi semasa kereta api milik syarikat swasta dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu sedang melakukan kerja baik pulih landasan di KM 206.75.

Katanya, sebuah daripada kereta api itu dalam perjalanan dari Stesen Chegar Perah ke Stesen Padang Tengku di Lipis, manakala sebuah lagi dari arah bertentangan.

"Mangsa, kesemua lelaki berusia antara 23 dan 41 tahun. Tiga daripada mereka cedera ringan manakala seorang lagi parah di bahagian kaki kerana difahamkan tersepit dalam sebuah daripada kepala kereta api.

"Bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mereka dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Azli berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pukul 10 pagi dan operasi menyelamat disertai lima pegawai dan 21 anggota terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi turut melibatkan 20 kakitangan KTMB dan enam kakitangan Kementerian Kesihatan.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 13 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 14 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Presiden Kosovo akhiri lawatan rasmi empat hari ke' 2 hrs 22 mins ago