Translate

27 June 2020

PKPP: Tidak tahan mahu berhibur di kelab malam, 45 individu ditahan ( Video )


ASTRO AWANI
Firdaus Azil
Jun 27, 2020 14:55 MYT





Seramai 45 individu ditahan pada Jumaat kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, atas kesalahan melakukan aktiviti dalam pub atau kelab malam. - Gambar fail


PUTRAJAYA : Seramai 45 individu telah ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), atas kesalahan melakukan aktiviti dalam pub atau kelab malam.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, secara keseluruhan seramai 53 individu ditahan, dengan lapan individu direman , dan 45 lagi dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga (1), aktiviti dalam pub atau kelab malam (45), refleksologi atau urut(3), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (1) dan aktiviti yang melanggar SOP (3),” katanya dalam kenyataan harian ang diedarkan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, 65,959 pemeriksaan dilakukan semalam (26 Jun 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP.

Katanya lagi, operasi itu terdiri daripada 3,393 Pasukan Pematuhan, melibatkan seramai 15,116 anggota.

Mengenai Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara, Ahli Parlimen Bera itu berkata, sebanyak 68 Sekatan Jalan Raya dijalankan di seluruh negara dan sebanyak 46,023 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

“PDRM telah berjaya menahan tujuh warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 3 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 25 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 44 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 45 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed '36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Washington viewed 'President Donald Trump Gives His First Interview w' 1 hr 16 mins ago