Translate

30 June 2020

SERAMAI 24 pegawai penguat kuasa ditahan dalam operasi ( Video )



 


Harian Metro
30 Jun 2020

 
SERAMAI 24 pegawai penguat kuasa ditahan dalam operasi membanteras ancaman keselamatan kumpulan jenayah terancang penyeludupan migran.

 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seramai 17 pegawai polis dan lima pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan.

 Menurutnya, selain itu, dua pegawai imigresen juga ditangkap menjadikan jumlah keseluruhan 24 penguat kuasa.

 Kesemua pegawai penguat kuasa ini masih dalam tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk siasatan lanjut berkaitan aktiviti penyeludupan migran. 

Huzir berkata, pihak polis mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat dan sentiasa bersedia dari semasa ke semasa menerima maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan migran di seluruh negara.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED