Translate

29 June 2020

#Covid-19 Malaysia #MKN | Sidang Media DS Ismail Sabri - Menteri Kanan (Keselamatan) | LIVE 2.00 PM | #RMCO #PKPP




Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (29 Jun 2020)

1. Task Force Operasi Pematuhan

- 60,427 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

- Sebanyak 3,891 pasar raya, 5,299 restoran serta 1,940 penjaja, 921 kilang, dan 1,670 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa semalam, 3,729 tempat ibadah serta 1,467 tempat riadah

- PDRM telah menahan 65 individu kerana ingkar arahan PKPP. 36 individu daripadanya direman & 29 lagi dikenakan kompaun
 
- Antara aktiviti terlarang yang melanggar SOP termasuk acara & pertandingan sukan, aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga & aktiviti judi atas talian

2. Kawalan Sempadan Negara

- Sejak dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 1,115 PATI dan 204 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus. Turut ditahan 76 individu yang disyaki penyeludup serta 36 buah kapal

- PDRM telah membuat 68 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng & memeriksa 43,207 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI 
terutamanya di lorong-lorong tikus

- PDRM telah berjaya menahan 5 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen

3. Kuarantin Wajib

- Dari 10 sehingga 28 Jun 2020, seramai 6,927 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu KLIA. 6,891 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine dan 36 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Pada 28 Jun 2020, sebanyak 318 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari Indonesia, Afrika Selatan, Singapura, Hong Kong, UK, China dan Qatar
 
- Kesemua 318 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka

- Bermula hari ini (29 Jun 2020), rakyat Malaysia & warganegara asing yang pulang ke Malaysia perlu menanggung kos ujian saringan COVID-19 setibanya di Malaysia

- Walaubagaimanapun, pengecualian caj bagi tiga kategori berikut iaitu:

i) Orang Kelainan Upaya (OKU), yang mempunyai Kad Orang Kurang Upaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii) Pegawai Kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi

iii) Pelajar yang pulang dari luar negara (kali pertama sahaja) dan perlu mengemukakan bukti pengajian
 
- Bagi tiga kategori ini, jika telah membayar caj ujian saringan sebelum keputusan pengecualian ini dibuat, mereka boleh menuntut semula caj dari KKM

4. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,011 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.
 
-Semalam (28 Jun 2020), sebanyak 22 operasi sanitasi meliputi 14 Zon di 4 buah negeri antaranya Sabah (10), Melaka (9) dan Terengganu (2)

5. Pusat Membeli Belah

- Saringan suhu badan dilakukan sekali sahaja iaitu di pintu masuk utama pusat membeli belah.

- Kedai-kedai di pusat membeli belah tidak perlu menyaring suhu badan pelanggan, tetapi masih perlu merekod kehadiran seperti nama & nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual

6. Taman Tema

- Taman Tema termasuk Taman Tema Air dibenarkan untuk beroperasi bermula 1 Julai 2020. Kebenaran ini melibatkan 54 Taman Tema di seluruh negara dan melibatkan lebih 10,000 tenaga kerja

- Pengusaha semua Taman Tema perlu mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.
 
- Had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan Taman Tema.

- Bagi pengusaha Taman Tema Air khususnya, mereka perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan & Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan, serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air
 
- Garis Panduan serta SOP boleh diperolehi dari laman sesawang MKN & MOTAC

7. Majlis Jamuan Perkahwinan

- Jumlah tetamu tidak boleh melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi Majlis Perkahwinan dan Akad Nikah di Masijd, Dewan, Rumah & sebagainya

- Had tetamu ini tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP berkaitan yang berkuatkuasa
 
- Kebenaran jumlah tetamu ini juga diberi kepada Majlis Jamuan Perkahwinan di Rumah Ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED