Translate

27 June 2020

Shafie sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM 1 dan 2 - Tun Mahathir ( Video )


ASTRO AWANI
Firdaus Azil
Jun 27, 2020 18:07 MYT


Persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie, Mohamad Sabu, Tan Kok Wai, dan Lim Guan Eng, kata Tun Mahathir.




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut dipersetujui beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan lain.

Dalam siaran langsung di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal pada 25 Jun lepas di Rumah Tamu Sabah, Kuala Lumpur, antara Shafie, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Selain itu, beliau berkata, mereka turut bersetuju menamakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan anak beliau Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

“Mungkin ada yang bertanya kenapa Shafie dicalonkan. Mungkin ada yang telah lupa bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin asal menentang Kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihan raya ke-14.

“Dia juga salah seorang pemimpin yang menjadi mangsa awal Kerajaan Najib 2 dan telah disingkir dari jawatan Menteri serta Naib Presiden UMNO kerana tidak dapat menerima perbuatan rasuah dan pencurian wang rakyat menerusi skandal 1MDB yang begitu memualkan,” katanya.

Ujarnya lagi, jika langkah itu berjaya, mereka percaya ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, mereka akan menunggu persidangan Parlimen, dan beliau sendiri akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah, dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak boleh menerima Kerajaan pintu belakang Tan Sri Muhyiddin dan mahu mengembalikan mandat rakyat akan bersama saya dan rakan-rakan lain menyokong usul Dato’ Seri Shafie menjadi Perdana Menteri. 17.

“Jika usaha ini berjaya, langkah untuk pastikan asas demokrasi seperti yang dituntut rakyat akan dapat kita penuhi. Kita perlu tamatkan Kerajaan yang tidak dipilih rakyat,” katanya lagi.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 6 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa' 31 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 41 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'US White House Press Briefing February 9, 2017 | B' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara M' 45 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rilek Je Johan Kentut masa dia dan isterinya sedan' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jadikan Aidilfitri medium erat hubungan antara kau' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Preston North End 0-3 Aston Villa | Quarter-Final ' 1 hr 4 mins ago