Translate

27 June 2020

7 ditahan kes culik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri (Video)

Tebusan RM154 juta diminta | Harian Metro

7 ditahan kes culik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri



Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemukan di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, di Rawang pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kesemua suspek, termasuk dalang, berumur lingkungan 30 dan 40-an terbabit ditahan dalam beberapa operasi di sekitar Selangor bermula 11 pagi semalam.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan reman terhadap suspek antara lima dan tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 3 Akta Culik 1961,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi yang dipercayai tempat mangsa disembunyikan di Taman Kosaso, di Rawang hari ini.

Katanya siasatan awal polis mendapati seorang daripada suspek telah menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan S$50 juta, namun tiada pembayaran dibuat.


Mangsa juga dipercayai mengenali dalang kes ini, katanya.

Fadzil berkata mangsa yang terlibat dalam perniagaan hartanah dipercayai telah meninggal dunia tiga atau empat hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah mula reput.

Katanya punca sebenar kematian mangsa masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

Mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemukan kira-kira 9 pagi tadi susulan penangkapan beberapa suspek kes berkenaan.

- Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 39 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 1 hr 39 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 1 hr 39 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 1 hr 40 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 1 hr 40 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 1 hr 40 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 4 hrs 3 mins ago