Translate

27 June 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-10 (Malaysian-4 Foreigners-2 Import-4) Total - 8616 , Active Cases - 187 | Discharged-14 Total - 8308 | Total Deaths-121

x

Mapping baru BM - 27 Jun-01

Kenyataan Akhbar KPK 27 Jun 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,308 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 27 Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 27 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,616 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 187 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan seorang warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah di kalangan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) adalah seperti berikut:

  • Selangor: satu (1) kes saringan pra pembedahan;
  • Kuala Lumpur: tiga (3) kes daripada saringan pelajar tahfiz.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara Malaysia (2 kes) adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan: satu (1) kes saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap;
  • Sabah: satu (1) kes saringan tempat kerja kontraktor.

Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-White-Update-case-number-covid-19 (2)

PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan bahawa aktiviti survelan COVID-19 adalah dijalankan ke atas pengembara yang pulang dari luar negara dan memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa. Ini termasuk rakyat Malaysia, pemastautin tetap dan juga mereka yang dibenarkan masuk atas urusan kerja. Sehingga 25 Jun 2020, seramai 61,576 orang telah pulang dari luar negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 610 kes (1.0 peratus) dikesan positif COVID-19.

Bermula 10 Jun 2020, individu yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin di tempat kediaman masing-masing. Individu akan menjalani pengawasan dan pemerhatian atau Home Surveillance Order (HSO) selama 14 hari berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh KKM. Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ini adalah di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Individu juga dikehendaki Gelang Perintah Pengawasan hendaklah dipakai sepanjang masa perintah pengawasan dan pemerhatian.

Pada hari ke-13, individu perlu menjalani ujian serologi COVID-19 di klinik kesihatan / klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM. Pada hari ke-14, individu dikehendaki hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat dengan sesalinan laporan ujian serologi untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta pihak PKD akan menanggalkan gelang perintah pengawasan tersebut. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan ini.

Pihak KKM menyeru individu yang pulang ke Malaysia supaya terus memberi kerjasama kepada pihak KKM dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus konsisten mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

27 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR3 (2)2,039
NEGERI SEMBILAN11,016
MELAKA0256
JOHOR0691
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH2 (1)368
SARAWAK0570
W.P. KUALA LUMPUR4 (1)2,435
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN10 (4)8,616

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED