Translate

21 June 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases - 16 (Malaysian- 4 Foreigner- 9 Import- 3 ) Total - 8572 , Active Cases - 295 | Discharged- 10 Total- 8156 Total Deaths - 121






Image

Image

Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,156 kes (95.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 21Jun [Recovered]-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 21 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 16 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,572 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 295 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 16 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Daripada 13 kes penularan di dalam negara, sembilan (9) kes adalah bukan warganegara manakala hanya empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Kes jangkitan dalam negara (9 kes) di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

  • Selangor: dua (2) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8513). Kesemua mereka adalah daripada Kluster Syarikat Pembersihan;
  • Negeri Sembilan: enam (6) kes daripada Kluster Pedas;
  • Sabah: satu (1) kes daripada saringan tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau sebelum penghantaran pulang ke Indonesia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Sarawak: dua (2) kes merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8535). Kedua-dua mereka adalah daripada Kluster Kidurong;
  • Melaka: satu (1) kes daripada saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap;
  • Johor: satu (1) kes saringan pra pembedahan di hospital.

Sehingga kini, sebanyak tiga (3) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (6)

DAPATKAN MAKLUMAT COVID-19 YANG SAHIH DAN TERKINI DARI SUMBER YANG DIPERCAYAI

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, bolehlah melayari Laman Web COVID-19 iaitu http://covid-19.moh.gov.my/ . Laman web ini telah mulai beroperasi (go live) pada 5 Mei 2020 dan hebahan mengenainya telah diwar-warkan melalui Portal Rasmi KKM dan kemudiannya telah diperluaskan melalui media sosial KKM iaitu Facebook KKM, Telegram, Instagram dan Twitter.

mmm

Setelah lebih sebulan beroperasi, capaian Laman Web Covid-19 adalah lebih kurang 60,000 pengguna dan kini ia berada di tempat pertama dalam enjin carian google. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram Kesihatan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM dan juga laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Berikut adalah pautan ke laman web dan media sosial rasmi KKM:

  • Laman Web COVID-19 KKM:

http://covid-19.moh.gov.my/

  • Laman Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM:

https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov

  • Facebook KKM:

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

  • Instagram KKM:

https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/

  • Twitter KKM:

https://twitter.com/kkmputrajaya

  • Telegram CPRC KKM:

https://t.me/cprckkm

Sehingga 20 Jun 2020, statistik daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan bahawa tiada pertambahan kertas siasatan baharu yang dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dalam tempoh lebih 3 minggu yang lepas. Ini menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat telah meningkat akan kepentingan tidak berkongsi berita palsu.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita. Setakat 20 Jun 2020, jumlah layaran portal ini telah mencecah 137.6 juta.


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa bahaya jangkitan COVID-19 adalah masih wujud di dalam komuniti. KKM juga menyeru masyarakat agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 apabila melakukan aktiviti kunjung-mengunjung, terutama apabila melibatkan warga emas dan kanak-kanak.

Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

21 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH096
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR4 (2)2,025
NEGERI SEMBILAN61,002
MELAKA1256
JOHOR1687
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0156
SABAH1364
SARAWAK3 (1)569
W.P. KUALA LUMPUR02,430
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN16 (3)8,572

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED