Translate

18 December 2019

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa dengan bekas komando polis Azilah Hadri,



AGENDANASIONAL
PMO nafi Dr Mahathir jumpa Azilah
Disember 18, 2019 9:16 pm


PUTRAJAYA, 18 DIS: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa dengan bekas komando polis Azilah Hadri, sejak dia dipenjarakan bagi kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

PMO dalam kenyataan hari ini berkata, telah dilaporkan dengan meluas hari ini bahawa Dr Mahathir menganggukkan kepalanya dan senyum semasa ditanya jika beliau ada berjumpa dengan Azilah.

Katanya soalan itu diajukan pada akhir sidang akhbar selepas pelancaran Bandar Malaysia di Putrajaya semalam.

“Terdapat juga cubaan untuk memberi gambaran bahawa Dr Mahathir merupakan orang kenamaan (VVIP), yang didakwa telah berjumpa dengan Azilah yang sedang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang, pada Februari tahun ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir juga menyangkal dakwaan bahawa kerajaan ada kaitan dengan pendedahan dibuat Azilah berhubung penglibatan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes bunuh Altantuya seperti dinyatakan dalam akuan bersumpahnya (Azilah) baru-baru ini.

Oleh kerana perkara ini melibatkan proses perundangan, PMO berkata kerajaan akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa relevan untuk membuat keputusan berhubung tindakan seterusnya.

-BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED