Translate

14 December 2019

Penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.


Anak Nora Ariffin meninggal dunia

Saharudin Musthafa, Astro Awani | Disember 14, 2019 14:20 MYT


Allahyarham Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada pagi Sabtu. - Gambar Instagram NORA
KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengumumkan berita sedih itu di laman Instagram peribadinya sebentar tadi.

"Allah uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin," kata Nora dalam nada sedih.


Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pernah menyertai program realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED