Translate

02 December 2019

Kumpulan rock legenda LEFTHANDED mengegarkan Hard Rock Café Kuala Lumpur semalam dalam siri konsert SUNDAY NIGHT LIVE | 1 .12.19



Kumpulan rock legenda LEFTHANDED mengegarkan Hard Rock Café Kuala Lumpur semalam 1 Disember 2019 dalam siri SUNDAY NIGHT LIVE dengan persembahan 2 jam yang mantap dan menghiburkan

Kumpulan LEFTHANDED dengan vokalis, Datuk Nash (Jamaluddin Hj. Elias) dan pemain gitar utama, Man Kidal (Rahman Mahmood) menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popular mereka yang malar segar dan kekal relevan menjadi siulan ramai seperti ‘Tiada Lagi Kidungmu’, ‘Ku Di Halaman Rindu’, ‘Debunga Wangi’, ‘Seruan’, ‘Cinta 3 Dimensi’ dan banyak lagi. LEFTHANDED membuat ‘reunion’ selepas lebih dari empat tahun.


Mereka mengikuti kejayaan kumpulan WINGS yang membuka tirai pentas Sunday Night Live pada 6 Oktober 2019.


Inisiatif Sunday Night Live merupakan komitmen Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong artis-artis tempatan. Sunday Night Live adalah platform yang mengetengahkan artis-artis popular dan juga baru, bagi memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran mereka secara live.Sunday Night Live bakal diadakan pada setiap 2 bulan sekali di Hard Rock Cafe KL bermula 6 Oktober ini dengan persembahan rock band legend Wings. Ia bakal diikuti seterusnya dengan artis-artis legend seperti Lefthanded, Mus dan ramai lagi artis-artis hebat tanah air.


Peminat boleh dilihat memang puas dengan persembahan padu LEFTHANDED semalam, kumpulan itu memang membawa peminat mengimbau semula memori dan nostalgia sepanjang hampir 40 tahun kewujudan LEFTHANDED dalam persada seni dengan beberapa lagu medley dan gabungan dari lagu-lagu popular mereka.

Anak kepada bekas pemain dram arwah Man Dayak, Mohamad Nurhafiz @ Hafiz,juga menjayakan ‘showcase’semalam di posisi yang sama dengan arwah orang tua beliau.

Selain dari Datuk Nash di bahagian vokal, Man Kidal, gitar utama dan Hafiz, dram,ahli kumpulan LEFTHANDED yang lain di pentas ialah Halizor Hussein (gitar bass), Rizal Abdul Halim (gitar kedua) dan Rozario Gulam Rasul (keyboard).

LEFTHANDED juga membuat tribute kepada "Producer" mereka Datuk Ramli Sarip yang belanja peminat mereka dengan satu lagu.





FOLLOW MACHO.TV ON YOUTUBE





















Peminat BEST FBKL Di Konsert Lefthanded:











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED