Translate

08 December 2019

4 lelaki dan 3 wanita ditahan sertai parti liar.


7 ditahan sertai parti liar
Bernama
-December 8, 2019 8:23 AM

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 4 lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta 2 wanita warga asing berusia 20-an hingga 45 tahun. (Gambar PDRM)

KUALA LUMPUR: Tujuh individu ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Sungai Besi, Brickfields, semalam.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 4 lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta 2 wanita warga asing berusia 20-an hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, berdasarkan maklumat orang awam, polis menyerbu kondominium itu kira-kira 1.52 petang.

Beliau berkata, beberapa jenis dadah disyaki syabu seberat 10.3g, ketamin seberat 4.1g dan ganja seberat 2.2g turut dirampas.4

“Semua yang ditahan didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Zairulnizam berkata, hasil siasatan mendapati 3 daripada mereka berkongsi membayar RM350 untuk kondominium itu selama sehari yang ditempah melalui panggilan telefon, manakala pembayaran dibuat menggunakan transaksi perbankan dalam talian.

“Semua individu terlibat ditahan di lokap Jinjang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis menasihatkan orang ramai tidak terbabut sebarang aktiviti yang melibatkan dadah, terutamanya parti liar kerana tindakan tegas boleh diambil kepada sesiapa saja yang terlibat.”

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED