Translate

03 August 2019

Tangan Maya Karin Melecur Teruk


Ngeri!!! Akibat Main Masak-Masak, Tangan Maya Karin Melecur Teruk

BY ROZAIMI ZUBAIDI
3 OGOS 2019. 1:03 PMHiburan



Penyanyi dan pelakon Maya Karin berkongsi detik cemas apabila pergelangan tangannya mengalami kecederaan akibat melecur.

Menerusi entri di Instagram (IG), Maya menjelaskan akibat mahu mengelak air panas terkena kakinya dan emaknya, dia rela memegang sesuatu bekas yang berisi air panas hingga ke sinki sehingga menyebabkan pergelangan tanganya melecur.

"Hmmm. Kecederaan (melecur) terburuk saya setakat ini. Mungkin agak menggerikan, maaf. Saya fikir ia lebih baik sekarang. Huhuhu.

"Tak nak tumpah air mendidih kat kaki sendiri sekali dengan kaki mak punya pasal I sanggup bawa sampai ke sinki baru lepas walaupun dah pedih," tulisnya.


Sementara itu, menerusi sebuah laporan akhbar hiburan, Maya menjelaskan kejadian itu berlaku pada Selasa lalu bagaimanapun luka pada tangan kanannya itu semakin teruk pada hari ini.

“Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu, tetapi hari ini luka semakin teruk. Luka basah dan bernanah. Adik saya pun marah sebab tak jaga luka dengan baik.

“Malam kedua saya hanya balut dengan tudung ibu. Tapi apabila melihat luka tidak ada tanda untuk sembuh, ibu ke klinik dan belikan ubat.

“Saya belum ke klinik lagi untuk rawatan lanjut kerana jadual terlalu padat. Sekarang pun saya dalam perjalanan ke Grik sebab ada acara yang perlu dihadiri,” katanya.
a.
 

S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED